• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Tritown - Konsep Skuter Rekreasi dengan Teknologi LMW Seperti Niken

Yamaha Tritown - Konsep Skuter Rekreasi dengan Teknologi LMW Seperti Niken

August 1, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA nampaknya sedang seronok dengan teknologi multiroda miring, Leaning Multi-Wheel (LMW) seperti diperkenalkan pada motosikal tiga roda, Niken. Model tersebut menampilkan teknologi luar biasa yang mengagumkan dengan dua roda depan untuk memberikan kestabilan tahap tinggi, termasuk keupayaan mengambil membelok dengan sudut miring (lean angle) hingga 45º.

Terbaharu, Yamaha memperkenalkan satu lagi model konsep berasaskan teknologi LMW, dinamakan Tritown, iaitu skuter dua roda depan dan satu di belakang, serta lebih ringkas berbanding Niken.

Model konsep Tritown itu kali pertama ditayangkan kepada umum pada Pameran Antarabangsa Motor Tokyo (TIMS) 2017. Walaupun tidak dapat dipastikan kenapa Yamaha perlu menggunakan sistem LMW untuk skuter kecil, tetapi cetusan idea itu sangat menarik diperkatakan.

BACA >>> Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka

DIGERAKKAN MOTOR ELEKTRIK, BERAT 40KG

Skuter tersebut digerakkan motor elektrik terbina dalam, dan dipacu bekalan tenaga daripada bateri lithium-ion yang dipasangkan pada frem.

Tritown juga bersaiz kompak dengan berat cuma 40kg, manakala ukuran panjang sekitar 1 meter. Bagi menjawab persoalan tentang fungsi, Yamaha mendakwa model tersebut boleh digunakan di kawasan tertutup seperti resort percutian atau dijadikan kenderaan rekreasi.

BACA >>> Yamaha Niken Menang 'Best of the Best' dalam Anugerah Red Dot 2019!

Cara menggunakan Tritown pula tidak sukar, cuma perlu berdiri atas lantai pemijak dan lepaskan dua brek pada dua sisi hendal sambil menekan tuil terotel pada hendal kanan.

Jika mahu mengambil selekoh, pengguna hanya perlu pusingkan hendal dan condongkan Tritown seperti basikal dan kemudian kedua-dua roda depan, hendal dan pemijak kaki akan ikut condong mengikut arah belokan. Segalanya dilakukan dengan lancar dan stabil.

Tritown juga selesa ditunggang melepasi bonggol kerana roda depan kiri dan kanan dapat bergerak bebas. Dari segi prestasi, walaupun cuma skuter LMW, Tritown mampu memecut selaju 25kmj. Tritown juga mesra alam kerana digerakkan kuasa bateri.

Seperti yang dinyatakan di atas, LMW sukar digunakan atas jalan raya biasa seperti kenderaan lain disebabkan kekangan undang-undang, tetapi ia sesuai dijadikan kenderaan hotel atau pusat rekreasi. Tambahan lagi, penampilan dan gaya Tritown jauh lebih unik berbanding skuter elektrik biasa. Semuanya kerana ada dua roda di depan!

BACA >>> Yamaha Dedah YZF-R1 dan YZF-R1M (2020)

GALERI

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Leaning Multi-Wheel (LMW), LMW, Roda Tiga, skuter, skuter elektrik, Skuter Tiga Roda, TRITOWN, Yamaha, Yamaha Japan, Yamaha Niken, Yamaha Niken GT, Yamaha TRITOWN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev