• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen UK Perkenal Arteon SE, Varian Aras Mula dengan Harga Bermula £33k (RM166k)

Volkswagen UK Perkenal Arteon SE, Varian Aras Mula dengan Harga Bermula £33k (RM166k)

July 31, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BARU-baru ini peminat automotif tempatan dikejutkan dengan model fastback menawan, Volkswagen Arteon sebagai pengganti kepada Passat CC yang pernah ditawarkan di pasaran tempatan suatu masa dulu.

Harga jangkaan menimbulkan pelbagai reaksi yang mana model versi import penuh (CBU) itu dianggarkan bermula RM290,000 hingga RM310,000. Namun, nilai semahal itu boleh dikatakan sepadan model spesifikasi 2.0L TSI berkuasa 278hp dan 350Nm dengan transmisi dual-klac  7-kelajuan (DSG) dalam sistem pacuan semua roda 4Motion.

BACA >>> Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k

Tambahan lagi, varian yang akan dibawah masuk itu ialah R-Line yang tampil dengan aksesori tersendiri, manakala harga ditawarkan pula sepadan pesaing Jerman lain seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi.

ARTEON SE - VERSI PALING ASAS

Di Britain, Arteon dipasarkan dalam dua varian: Elegance dan R-Line. Terbaharu, Volkswagen menambah satu lagi varian, iaitu Arteon SE. Varian ini berada dalam kategori aras mula yang terbuka untuk dimiliki lebih ramai pembeli.

Sebagai permulaan, Arteon SE akan ditawarkan dengan enjin 2.0L TSI berkuasa 188hp dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan DSG.  Pada masa akan datang Volkswagen merancang memperkenalkan enjin diesel 2.0 TDI berkuasa 148hp dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 5-kelajuan DSG.

Walaupun varian aras mula, Arteon SE tidak kalah dengan spesifikasi, dilengkapkan rim aloi 18 inci Almere, lampu LED penuh, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan bantuan perlanggaran depan (FCW) dan skrin sentuh 8 inci. Harga pula, Arteon SE dipasarkan pada £33,085 (RM165,830), manakala Arteon Elegance berharga £39,025 (RM195,605) dan Arteon R-Line berharga £39,825 (RM199,614).

Dibandingkan dengan Arteon R-Line spesifikasi Malaysia memang jauh berbeza, tetapi ia situasi normal bagi model CBU. Lagi pula Arteon R-Line bersaing dengan pelbagai model premium Jerman lain.

BACA >>> 94 Foto Volkswagen Arteon yang Mengancam Jiwa

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: fastback, sedan mewah, Volkswagen, Volkswagen Arteon, Volkswagen Arteon SE, Volkswagen UK, VW Arteon, VW Arteon SE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev