• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Sasar Jual 100k Unit Kereta Tahun Depan, Mahu Jadi Nombor Satu di Malaysia!

Proton Sasar Jual 100k Unit Kereta Tahun Depan, Mahu Jadi Nombor Satu di Malaysia!

July 29, 2019 By Han Othman Leave a Comment

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON menetapkan sasaran 100,000 unit jualan untuk 2020, termasuk menjadi pengeluar automotif nombor satu Malaysia.

Kenyataan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dalam majlis penyampaian hadiah untuk cabaran pemasaran Proton bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV), X70.

Proton mencatatkan peningkatan jualan memberangsangkan tahun ini dengan hanya ketinggalan beberapa ratus unit di belakang Honda setakat penggal pertama tahun ini. Malah, tanpa berselindung, Proton mensasarkan mahu merampas kedudukan Perodua sebagai pengeluar nombor satu di Malaysia.

BACA >>> Proton Jual 7,615 Kereta Sepanjang Jun 2019, Kedudukan No. 2 untuk 3 Bulan Berturut-turut

"Sasaran kami ialah jadi pengeluar kereta nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di Asean.

"Sesetengah orang ketawa, tetapi lihatlah pada keputusan - tahun lalu kami berada di nombor empat, bermula April tahun ini kami sudah nombor dua. Mungkin tahun depan kami boleh jadi nombor satu untuk satu bulan!" kata Dr Li.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Proton menetapkan beberapa sasaran jangka pendek. Pertama, mensasarkan jualan lebih 100,000 kenderaan tahun depan, yang dijangka dicapai menerusi pengenalan model SUV kecil, dilaporkan berasaskan model Geely Binyue dengan nama tempatan X50.

Dr Li berkata, pertumbuhan positif pada penggal pertama tahun ini menjadi bukti bahawa sasaran yang mahu dicapai Proton adalah dalam jangkauan. Jualan kenderaan Proton dilaporkan melonjak 59.1 peratus, atau 60.55 peratus menurut data jualan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

Proton turut merancang mencapai keputusan terbaik dalam Indeks Perkhidmatan Pelanggan JD Power's (CSI) dan kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) di Malaysia menerusi rangkaian jualan dan perkhidmatan di 150 Pusat 3S dan 4S seluruh Malaysia.

Related

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr. Li Chunrong, jualan proton 2019, Proton, Proton Holding Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my