• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nardò Ring - Pusat Ujian Porsche Ini Simpan Banyak Rahsia Dunia Automotif

Nardò Ring - Pusat Ujian Porsche Ini Simpan Banyak Rahsia Dunia Automotif

August 4, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROJEK rahsia adalah apa yang menarik dalam dunia automotif. Contohnya, Lotus Engineering banyak terlibat dalam projek bersama pengeluar lain yang sesetengahnya didedahkan kepada umum dan ada pula disimpan rapi.

Itu belum lagi subprojek diserahkan pengeluar ternama kepada firma kejuruteraan bebas yang dibuat atas beberapa faktor seperti penjimatan kos dan masa, termasuk kepakaran dimiliki.

Selain projek rahsia, industri automotif turut menggunakan fasiliti ujian serata dunia. Menariknya, fasiliti tersebut ada yang dimiliki subsidiari pengeluar kereta dan turut digunakan pengeluar lain.

BACA >>> Indonesia Bakal Masuk Kalendar MotoGP 2021, Litar Baharu Akan Dibina di Lombok

NTC - FASILITI UJIAN TERKENAL

Antaranya ialah Pusat Teknikal Nardò (NTC) di Itali di bawah pengurusan Porsche Engineering Group (PE), iaitu subsidiari penuh Dr Ing. h.c. F. Porsche AG, Stuttgart.

NTC diasaskan pada 1975 di barat laut bandar Nardò, dalam wiliyah Lecce, Itali yang terkenal dengan litar ujian halaju tinggi bentul bujur, juga dipanggil 'Nardo Ring', sepanjang 12.6km. Ya, memandu atas trek bujur sejauh lebih 12km bukan mudah dan boleh dianggap tugas luar biasa.

NTC terletak berhampiran pantai dan mempunyai lebih 20 trek dan fasiliti atas tanah seluas 700 hektar. Rahsia lain, ada lebih 90 syarikat automotif menggunakan kemudahan ini. Tren di NTC turut menyaksikan beberapa rekod dicipta, termasuk ujian penting yang tidak didedahkan secara terbuka. Porsche Engineering Group GmbH sebenarnya baru sahaja menguruskan pusat itu bermula dari tahun 2012.

Menariknya, PE juga banyak melakukan projek untuk pelanggan luar. Bagaimanapun, perkara ini tidak didedahkan kepada umum bagi mematuhi polisi kerahsiaan selain memelihara nama pengeluar automotif yang menggunakan khidmat syarikat kejuruteraan tersebut.

BACA >>> 5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) 'Tapau' di Litar Nurburgring

'NARDÒ RING' DIUBAH SUAI

nardo-ring-2
nardo-ring-3

Litar ujian ikonik dan banyak menyimpan rahsia ini baru saja selesai diubah suai dan dinaik taraf.  Kos dilaburkan pula bernilai €35 juta (RM160 juta) dan mengambil masa tujuh bulan disiapkan.

Antara kerja pengubahsuaian dan penaiktarafan dibuat adalah menurap semula trek, membina sistem pengadang untuk ujian halaju tinggi dan medan ujian dinamik kenderaan dengan keluasan 106,000 meter persegi.

NTC juga menyediakan kemudahan untuk menguji teknologi terbaharu dan canggih seperti kereta elektrik, sistem bantuan pemanduan, khidmat sambungan konektiviti dan pemanduan autonomi.

BACA >>> Ducati Panigale V4 S Benamkan Rekod Bertahan Yamaha R1 di Litar Buddh, India

Litar Nardò
Litar Nardò.01
Litar Nardò.02
Litar Nardò.03
Litar Nardò.04

Related

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Litar Ujian, Nardò Technical Centre (NTC), Porsche, Porsche Engineering, Porsche Engineering Group GmbH, Pusat Teknikal Nardò, Pusat Teknikal Nardò (NTC), Trek Ujian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev