• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ducati Panigale V4 S RC - Motosikal RC Pertama Dunia yang Boleh Wheelie

Ducati Panigale V4 S RC - Motosikal RC Pertama Dunia yang Boleh Wheelie

July 31, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA tahu, harga Ducati Panigale V4 S mencecah ratusan ribu ringgit dan tidak semua orang mampu memilikinya. Namun, buat peminat tegar 'Ferrari dua roda' dari Itali itu, Panigale V4 S versi alternatif ini mungkin boleh dijadikan pilihan dan boleh mengubat hati yang kempunan.

Bukan saja lebih murah,  Panigale V4 S edisi kawalan jauh (RC) ini mampu melakukan beberapa aksi menakjubkan seperti mengangkat tayar depan (wheelie), dan mengasah tayar (burnout), termasuk memecut selaju 20kmj! 😱

Panigale V4 S RC ini berukuran skala 1:6, dikeluarkan syarikat mainan dari Kanada, Spin Master Toys pada harga £149.99 (RM754). Mainan kawalan jauh ini juga model RC pertama dunia memiliki teknologi imbangan yang membolehkan ia beraksi wheelie.

BACA >>> Harga Ducati Panigale V4 R Dijangka Cecah 2 Bilion Dong (RM356k) di Vietnam

Lihat video di bawah ini, Panigale V4 S RC ini mampu mengangkat tayar depan tanpa sebarang bantuan roda tambahan dan dikawal sama seperti model Panigale V4 S sebenar menggunakan alat kawalan jauh.

Ini dapat dicapai menerusi penggunaan 12 roda putaran kecil pada bahagian belakang dan dikawal dwi sensor optikal untuk mengekalkan keseimbangan. Model dengan panjang 35sm dan tinggi 26.5sm ini turut  dilengkapi lampu utama LED dan sistem suspensi khas yang berfungsi supaya mampu wheelie dan melakukan aksi lain.

BACA >>> Kyosho Mini-Z Sport - Permainan Kawalan Jauh (RC) untuk Peminat Kereta Sebenar

VIDEO

GALERI

SUMBER: MCN

Related

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Ducati, Ducati Panigale V4 (2019), Ducati Panigale V4 S RC, Mainan Kawalan Jauh, miniatur, Model RC, Remote Control (RC), roda2, Spin Master Toys, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev