PENGELUAR koleksi kereta miniatur, Hot Wheels buat kali pertama memperkenalkan siri koleksi Japan Historic 3 peringkat global pada Art of Speed (AOS) Malaysia 2019 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
BACA >>> Hot Wheels® Rasmi Sambutan Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed Malaysia 2018
Ada 5 model legenda JDM dilancarkan:
- Trak pikap Datsun Sunny GB120 'Sanitora'
- Honda City Turbo II 'Bulldog' (1985)
- Mazda Cosmo Sport 1968
- Nissan Skyline RS R30
- Nissan Silvia generasi pertama (1965)
Koleksi Japan Historic 3 itu akan dijual bermula tahun depan dan harga masih belum diumumkan. Menariknya, Hot Wheels Malaysia turut mempamerkan dua kereta versi sebenar daripada koleksi berkenaan, iaitu Nissan Skyline RS dan Honda City Turbo II.
BACA >>> Dapatkan Hot Wheels Kustom Edisi Petronas di AOS 2019, Terhad 200 Unit Sahaja!
Leave a Reply