• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Maruti XL6 (Ertiga Cross) Tawar Dua Varian di India, Lancar Ogos Ini

Maruti XL6 (Ertiga Cross) Tawar Dua Varian di India, Lancar Ogos Ini

July 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARUTI Suzuki akan melancarkan XL6 pada 21 Ogos ini untuk pasaran India dan khabarnya ditawarkan dalam dua varian, Zeta dan Alpha. Sebelum ini kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dikenali sebagai Ertiga Cross.

Jika Maruti Ertiga dijual di pusat jualan Arena, Maruti XL6 pula akan dipasarkan menerusi Nexa. Varian atasan, Alpha didatangkan dengan kamera undur, kerusi kemasan kulit, rim aloi hitam dan kawalan jelajah bersama skema warna dua-tona untuk kemasan kabin.

BACA >>> Gara-Gara Konflik Enjin Diesel, Suzuki Berpisah dengan Maruti?

Maruti XL6_1
Maruti XL6_4
Maruti XL6_3

Varian Zeta pula ditawarkan dengan sistem infotainment SmartPlay Studio, kerusi kapten individu barisan kedua, lampu utama LED penuh dengan lampu siang (DRL)  dan kemasan kabin hitam. Imej XL6 ini kelihatan lebih agresif dan dinamik berbanding Maruti Ertiga.

maruti-xl6-india-1
maruti-xl6-india-2
maruti-xl6-india-3

Penampilan varian ini dipadukan gril heksagon lebih besar bersama panel krom kembar yang melintang sepanjang tengah gril. Uga kelihatan plat skid bawah bampar depan berserta lampu kabus di kiri dan kanan. Bahagian sisi menampilkan panel plastik hitam di bawah pintu, dan rel bumbung perak, serta kemasan perak sepanjang rocker, iaitu panel horizontal sepanjang pintu depan dan belakang.

BACA >>> Proton Ertiga Lebih Jimat Minyak & Berbaloi? Jom Dengar Apa Kata Media...

Rupa belakang hadir dengan bampar maskular dan plat skid untuk karakter sporty. Di sebalik bonet, XL6 ini dijana enjin K15 Smart Hybrid berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,400rpm, manakala sistem transmisi ditawarkan dalam opsyen manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Suzuki Ertiga pernah diperkenalkan di Malaysia sebagai model SUV rebadge di bawah lencana Proton. Namun, masa depan pengeluar nasional itu dengan Suzuki tidak dapat dipastikan sejak menjalinkan kerjasama strategik dengan gergasi automotif China, Geely.

BACA >>> Maruti Suzuki Sedang Siapkan Ertiga Versi Premium, Lebih Sporty dengan Kerusi Kapten

SUMBER: IndianAutosBlog

Related

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Maruti, Maruti Ertiga Cross, Maruti Suzuki, Maruti XL6, MPV, MPV Crossover, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev