MAJORITI motosikal di pasaran masa kini sudah dilengkapi dengan ciri brek cakera, sama ada pada roda depan, atau kedua-dua roda. Brek cakera bukan hanya memiliki keupayaan melepaskan haba panas yang lebih baik berbanding brek dram, tetapi juga menawarkan kuasa cengkaman lebih baik.
Bagi memastikan komponen utama tersebut mampu bekerja dengan baik, ia perlulah disenggara. Malah, kegagalan melakukan servis boleh menyebabkan motosikal anda mengalami masalah brek kurang cengkaman. Ini cukup bahaya untuk keselamatan penunggang!
BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Guna Brek Tangan Terlalu Lama Jika Parkir Atas Jalan Tidak Rata
Di bawah ini ialah tip yang boleh dilakukan untuk menjaga kondisi brek cakera motosikal anda supaya kekal tip-top:
1. PERIKSA DAN GANTI MINYAK BREK BILA PERLU
Minyak brek sangat penting untuk membolehkan brek cakera bekerja dengan optimum. Ia bergantung kepada piston pada master brek. Master brek (foto atas) pula berfungsi menggerakkan kaliper untuk mencengkam rotor cakera apabila tuil brek ditarik. Maknanya, kelancaran piston dalam menjalankan tugas bergantung kepada pam hidraulik dalam menyalurkan minyak brek.
Jika saluran minyak tersumbat disebabkan minyak kotor atau terlalu cair akibat dicemari bendasing atau bahan cemar, fungsi piston boleh terjejas.
Jadi, anda disarankan buat pemeriksaan berkala dan menukar minyak brek apabila perlu. Atau sekurang-kurangnya, digantikan setahun sekali atau paling lama dua tahun sekali. Jangan lebih daripada tempoh tersebut jika anda mahukan prestasi brek maksimum.
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Laraskan Brek Dram Motosikal di Rumah
2. BERSIHKAN KALIPER
Fizikal brek cakera itu ialah jenis komponen terdedah. Apabila menunggang atas permukaan jalan berdebu, tanah dan kotoran yang berterbangan akan melekat pada pad brek atau piston. Semakin kerap ditunggang, semua kotoran itu akan berkumpul dan menebal, sekali gus membuatkan dua komponen tersebut tidak dapat bekerja baik.
Penyelesaiannya, jadikan amalan membersihkan kotoran pada dua komponen itu sebagai rutin penyenggaraan. Rajin-rajinlah cuci motosikal.
3. PERIKSA, PASTIKAN KALIPER DALAM KONDISI BAIK
Kaliper brek memang jarang rosak, tetapi tetap ada risiko kerosakan disebabkan pemasangan tidak tepat atau berlaku perubahan posisi asal.
Jika kaliper bergoyang atau bergetar, komponen yang bekerja mencengkam rotor cakera apabila tuil brek ditarik, akan cepat haus. Ini kerana bahagian tertentu daripada kaliper tersebut akan bergesel dengan rotor cakera. Kesannya, penunggang akan rasa situasi brek tersekat. Sila periksa posisi kaliper brek anda.
BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply