• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PETRONAS Sprinta Bonanza 2019: Belanja RM70 Beli Minyak Enjin, Bawa Balik YSuku!

PETRONAS Sprinta Bonanza 2019: Belanja RM70 Beli Minyak Enjin, Bawa Balik YSuku!

July 25, 2019 By Aryon 1 Comment

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI pemenang bertuah memenangi hadiah bulanan peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) untuk bulan Jun lalu.

Pelatih kesihatan, Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin, 23, dari Permatang Pasir, Pulau Pinang berjaya membawa pulang Yamaha Y15ZR selepas hanya membelanjakan RM70 untuk membeli dua botol minyak pelincir Sprinta F700 sebagai syarat layak menyertai peraduan berkenaan.

Hadiah disampaikan Ketua Peruncitan PLMM, Mohd Bahrin Mohd Yunus di stesen Petronas Tanah Liat, juga tempat di mana Ahmad Shafiq membuat pembelian produk pelincir tersebut.

BACA >>> PETRONAS Sprinta Bonanza 2019: Beli Minyak Sebotol Saja, Tapi Menang Yamaha Y15ZR!

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza sudah bermula sejak 11 Mac lalu dan kini masih berlangsung sebelum berakhir pada 30 September ini. Sebanyak 11 hadiah ditawarkan bernilai RM100,000:

  • Hadiah Bulanan - 7 unit Yamaha Y15ZR
  • Hadiah Kedua - 3 unit Yamaha R25
  • Hadiah Urama - 1 unit Yamaha R6, bernilai lebih RM100,000.

Menariknya, semua motosikal yang ditawarkan diberikan kemasan seragam dengan teknik berus angin (airbrush) bertemakan pasukan Petronas Yamaha SRT yang beraksi dalam kejuaraan dunia MotoGP musim ini.

SENARAI PEMENANG YAMAHA Y15ZR MAC-JUN 2019

  • Mac: Sahrulnaim Sahrahan
  • April: Mohd Arif Mohmad Yasin
  • Mei: Muhamad Faez Aju
  • Jun: Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin

Masih ada 3 unit Y15ZR (atau popular dengan YSuku) untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan. Hadiah kedua dan utama pula akan disampaikan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena pusingan MotoGP di Malaysia pada November, serta diserahkan sendiri duo pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

BACA >>> Yamaha M1 Kini Guna Minyak Petronas Sepenuhnya, Terbukti Tingkatkan Prestasi

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

Related

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, franco morbidelli, Pemenang PETRONAS Sprinta Bonanza Jun 2019, peraduan, Petronas, PETRONAS Sprinta Bonanza, Petronas Yamaha SRT, Yamaha Y15ZR, YSuku Petronas

Comments

  1. Jay Carbonell says

    July 27, 2019 at 6:21 AM

    Nice

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev