• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Dapatkan Hot Wheels Kustom Edisi Petronas di AOS 2019, Terhad 200 Unit Sahaja!

Dapatkan Hot Wheels Kustom Edisi Petronas di AOS 2019, Terhad 200 Unit Sahaja!

July 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

644
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat pengumpul barangan dan peminat kereta mainan, Petronas bakal memperkenalkan model Hot Wheels edisi terhad yang dikustomkan pereka tempatan, Krome Bandits sempena acara Art of Speed (AOS) Malaysia 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 27 Julai ini.

Cuma 200 unit dikeluarkan, terdiri daripada model seperti Mazda RX-7, Honda Civic Type-R, For Mustang Shelby GT500 dan Lamborghini Reventon Roadster yang akan dijual kepada pemilik Kad Mesra Petronas secara siapa cepat dia dapat di reruai Petronas, di Hall A.

BACA >>> Hot Wheels® Rasmi Sambutan Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed Malaysia 2018

Setiap model Hot Wheels kustom itu akan dijual pada harga RM200 seunit dan setiap orang hanya boleh membeli dua model untuk satu transaksi. Jualan dijangka laku keras dan anda diminta datang awal jika mahu memilikinya.

Petronas juga menawarkan kad ganjaran Petronas GiftCards bernilai RM30 dengan 1,000 pembeli pertama akan mendapat tiket masuk percuma ke AOS. Pembeli juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi satu daripada tiga model Hot Wheels kustom, iaitu Mercedes-AMG GT. Setiap pembelian dikira satu penyertaan untuk cabutan bertuah.

Ada juga baucar TeaLive untuk 1,500 pengunjung pertama yang mendaftar Kad Mesra Petronas, manakala pemilik kad sedia ada layak membeli dua minuman TeaLive pada harga RM10.

BACA >>> Art of Speed (AOS) Malaysia 2019: Pameran Kenderaan Kustom dan Vintaj di MAEPS, Hujung Bulan Ini!

MUAT TURUN SETEL DAN MENANG!

Tidak cukup itu, pengunjung berpeluang menyertai program roda pusing 'Setel and Confirm Win' bagi meraih pulangan tunai minyak RM100 dengan memuat turun aplikasi e-bayar isian minyak, Setel dan menambah baki e-dompet sebanyak RM50 di reruai Petronas.

Akhir sekali, Petronas dengan Cycle & Carriage Bintang akan mempamerkan Mercedes-Benz A 250 dengan grafik rekaan khas, 'Move Like Never Before' .

Pengunjung berpeluang mendapatkan Petronas GiftCard bernilai RM30 dengan memuat naik foto sendiri di samping kereta pameran itu dalam Instagram peribadi bersama kapsyen “PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive is the best fuel for me because…” dan dituliskan tanda pagar #PETRONAS #Primax95 #movelikeneverbefore.

Akaun mesti dalam status 'Public' dan jangan lupa imbas kod QR pada A250 'Move Like Never Before' atau di reruai Petronas untuk pendaftaran.

BACA >>> #RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

Jadi, jangan lupa datang beramai-ramai ke AOS Malaysia 2019 pada 27 Julai (10 pagi hingga 11 malam) dan 28 Julai (10 pagi - 7 malam) di MAEPS. Maklumat lanjut boleh layari laman web ArtOfSpeedMY.com.

GALERI

Related

644
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: AOS 2019, AOS Malaysia 2019, Art of Speed (AOS) Malaysia 2019, Hot Wheels, Kad Mesra Petronas, Krome Bandits, MAEPS, Pameran Auto, Petronas, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my