MICHELIN Malaysia memperkenalkan Michelin Pilot Sport 4 SUV yang dibangunkan untuk jangka hayat lebih panjang, prestasi brek optimum dengan jarak henti pendek dan pengendalian dinamik.
Pilot Sport 4 SUV dihasilkan khas untuk kegunaan kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada material baharu yang menggabungkan sebatian elastomer (material liat seperti getah) dan silika nipis. Ini membolehkan tayar ini beraksi baik atas permukaan jalan basah berbanding pesaing.
Hasil ujian dijalankan, Pilot Sport 4 SUV mampu menamatkan satu pusingan trek 1,050 meter dalam masa 5.06 saat.
Atas permukaan jalan kering, Pilot Sport 4 SUV mampu membrek dengan jarak henti 2.7 meter lebih pendek berbanding tayar sebelum ini, manakala atas permukaan jalan basah, jarak membrek 4.9 meter lebih pendek untuk tayar baharu, dan 8.5 meter (tayar terpakai).
Selain itu, padanan bunga tayar baharu berbentuk asimetri memberikan cengkaman mantap ketika mengambil selekoh. Bebenang hibrid yang dihasilkan daripada aramid dan nilon memberikan kawalan responsif pada stereng, termasuk ketepatan pemanduan.
BACA >>> Michelin Pilot Sport 4 - Tayar Direka Lebih Berkualiti & Tahan Lasak
JANGKA HAYAT HINGGA 13,000KM
Pilot Sport 4 SUV menawarkan jangkat hayat tayar hingga 13,000km, lebih jauh atau lama daripada jenama premium lain. Ketahanan ini diperoleh daripada paduan blok bunga tayar yang lebih kuat dan lapisan pelindung berganda berketahanan tinggi untuk lebih kelasakan atas permukaan jalan raya teruk.
BACA >>> Michelin Primacy SUV Khas Untuk Pemilik Kenderaan SUV
Ditawarkan dalam rekabentuk eksklusif dengan 91 peratus kemasan hitam elegan, Pilot Sport 4 SUV dijual pada harga bermula RM700 menerusi pilihan saiz rim 17-23 inci. Tayar ini boleh didapati di TyrePlus dan semua pengedar Michelin sah seluruh negara dalam 39 saiz berbeza.
Leave a Reply