• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Kini Musim ke-3, Tampil Ain Edruce dan Syafiq Kyle

Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) Kini Musim ke-3, Tampil Ain Edruce dan Syafiq Kyle

July 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIAM tidak diam kejuaraan perlumbaan Vios Challenge yang menjadi acara utama dalam Festival  Toyota Gazoo Racing (TGR) sudah masuk musim ketiga, tahun ini. Kejayaan musim kedua dengan mengumpul lebih 80,000 peminat dan 1.1 juta tontonan mendorong UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan festival tersebut untuk musim ketiga.

Seperti acara terdahulu, setiap pusingan perlumbaan Vios Challenge dipecahkan kepada tiga kategori:

  • Promotional - Pelumba selebriti
  • Sporting - Amatur
  • Super Sporting - Profesional

Lebih 40 pelumba akan berentap dalam saingan Vios Challenge, melibatkan empat pusingan dengan lapan perlumbaan keseluruhannya.

BACA>>>6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge 2017

Selain muka lama selebriti yang akan bertanding dalam kategori Promotional seperti Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Janna Nick dan juara bertahan, Diana Danielle, terselit pula muka baharu Ain Edruce dan Syafiq Kyle bagi memeriahkan TGR musim ketiga ini.

APA MENARIK?

Kombinasi aktiviti perlumbaan dalam dan luar trek, serta pameran Gazoo Racing Outlet dan Gazoo Racing Supra menunjukkan inisiatif UMWT dalam sukan permotoran Malaysia pada masa akan datang.

BACA >>> TGR Batu Kawan Penuh Aksi Dramatik, Diana Danielle Juara Kategori Promotional

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aktivit menarik dalam TGR musim ketiga ini, seperti:

  • TGR Musim Ke-3 tidak hanya tertumpu kepada aksi trek semata-mata, kerana perlumbaan siri Gazoo Racing Velocity E-Sports akan turut diadakan. Ia kali pertama diperkenalkan September tahun lalu. Permainan video berbilang rangkaian secara atas talian ini berjaya menarik lebih 400 penyertaan.
  • Penambahan baharu seperti penglibatan Gazoo Racing Outlet yang akan mempamerkan model Toyota terlibat dan diilhamkan daripada sukan permotoran dunia, antaranya Gazoo Racing Supra.
  • Selain membawa sukan permotoan terus kepada orang awam,  format perlumbaan dengan hanya satu model, iaitu Vios membolehkan kejuaraan tahunan ini mampu disertai pelumba amatur dan profesional.
Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (26)
Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (3)
Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (27)
GALERI

Related

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: TGR 2019, TGR Malaysia, TGR musim ke-3, TGR Vios Challenge, Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival, UMW Toyota Motor, Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev