• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Honda ADV 150 Lebih Mantap 'Layan Corner' Berbanding PCX 150?

Honda ADV 150 Lebih Mantap 'Layan Corner' Berbanding PCX 150?

July 23, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

7.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA baru saja melancarkan skuter advencer Honda ADV 150 yang dijangka menggugat model lawan, Yamaha Aerox (Malaysia: NVX 155).

Walaupun dipacu enjin sama seperti rakan skuter, Honda PCX 150, tetapi perbezaan paling ketara dimiliki  ADV 150 ialah sistem suspensi belakang. Menurut portal permotoran TMCblog, ADV 150 memiliki lejang (stroke) absorber lebih panjang dan struktur ruang dalaman berbeza berbanding PCX 150.

Suspensi belakang Honda PCX 150 - Tiub Tunggal.
Suspensi belakang Honda ADV 150 - Subtangki..

Suspensi belakang ADV 150 juga lebih panjang (395mm) dengan jarak travel (travel axle) 120mm, tetapi PCX 150 cuma 350mm. ADV 150 menggunakan absorber jenis subtangki (subtank), sebaliknya PCX 150 jenis tiub tunggal (single-tube).

APAKAH KELEBIHAN SUSPENSI ADV 150 BERBANDING PCX 150?

Subtangki Honda ADV 150.
Subtangki Honda ADV 150.
Absorber belakang Honda ADV 150.
Absorber belakang Honda ADV 150.
Posisi lejang pada absorber.
Posisi lejang pada absorber.

Bermula bentuk lebih panjang dan jarak antara spring yang berbeza regangan, Honda cuba menyesuaikan sistem suspensi belakang ADV 150 untuk menampung pelbagai beban. Kelihatan lekuk atau jalur yang menghubungkan bahagian badan suspensi dengan subtangki.

BACA >>> Skuter Advencer 150cc Pertama Dunia, Honda ADV 150 Debut di GIIAS 2019

BAGAIMANAKAH DALAMAN SUSPENSI ADV 150 vs PCX 150?

PCX: Minyak dan udara bercampur dalam satu tiub. | ADV: Minyak dan udara diasingkan.

Gambarajah di atas  menunjukan perbezaan struktur dalaman suspensi PCX 150 dan ADV 150. Suspensi belakang PCX 150 terdiri daripada tiub yang diisi campuran minyak dan udara. Suspensi belakang ADV 150 pula, udara dan minyak diasingkan dalam dua tiub terpisah. Udara dikurung dalam tiub kecil dipanggil subtangki yang ditutup kantung getah @ rubber bladder.

Situasi apabila tekanan berlaku sama ada dalam bentuk beban muatan atau permukaan rupa bumi.

Gambarajah di atas menunjukkan situasi yang berlaku dalam sistem suspensi dua model skuter itu apabila masing-masing menerima tekanan. Udara dalam suspensi PCX 150 termampat di bahagian atas, tetapi mampatan udara dalam suspensi ADV 150 terjadi dalam subtangki menerusi perubahan rubber bladder mengikut arah mampatan, selain sudut miring kiri dan kanan ketika membelok.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX?

Suspensi tiub-tunggal berisiko mengalami situasi gelembung udara dalam tunggangan ekstrem.

Berdasarkan tetapan Showa (pembuat komponen absorber untuk dua skuter Honda ini), bagi suspensi PCX 150, jika berlaku kekerapan getaran defleksi tinggi disebabkan kondisi jalan teruk, ia berpotensi menghasilkan gelembung udara di kawasan piston dan injap yang boleh mengganggu kestabilan prestasi redaman suspensi.

BACA >>> Aprilia Lancar Sportbike 150cc Baharu?

Berbeza suspensi subtangki pada ADV 150 yang berfungsi mengasingkan 100 peratus udara dan minyak. Ini tidak menyebabkan berlaku situasi gelembung udara di bahagian piston dan injap walaupun meredah permukaan jalan ekstrem.

ADV 150 lebih konsisten dan stabil di selekoh.

Mengenai suspensi tiub tunggal seperti PCX 150, dalam posisi miring ekstrem di selekoh, ada kebarangkalian udara dapat masuk ke bahagisan piston dan ruang udara. Ini disebabkan sifat semula jadi minyak, yang mana fizikal cecair akan bergerak dan terbentuk mengikut sudut dan bentuk bekas isian.

Sebaliknya, minyak dan udara yang terpisah dalam suspensi ADV 150, apabila motosikal dimiringkan ketika mengambil selekoh, tiada potensi untuk udara memasuki bahagian piston dan ruang udara yang boleh menyebabkan defleksi tayar hingga menjejaskan kestabilan.

KESIMPULAN

Prestasi ditawarkan suspensi subtangki pada ADV 150 lebih konsisten berbanding PCX 150. Anda mungkin tertanya, kenapa PCX tidak dipasangkan absorber subtangki? Jawapannya, PCX ialah skuter maksi yang mementingkan keselesaan dengan gaya tunggangan urban.

ADV 150 pula ialah skuter advencer (sesuai dengan namanya) yang direka untuk kelasakan dan bukan menumpukan kepada keselesaan optimum.

Jadi sekarang anda sudah tahu skuter mana yang sesuai dengan jiwakan?

Related

7.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Honda, Honda ADV 150, Honda PCX 150, sistem suspensi, skuter, skuter advencer, skuter sport, suspensi, Yamaha, Yamaha Aerox 155, Yamaha NVX 155

Comments

  1. Aziz says

    September 25, 2019 at 2:12 PM

    When this bike will enter malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev