• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

July 23, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA mereka yang selalu mengeluh pasal harga petrol mahal, Nissan Leaf (2019) mungkin pilihan terbaik anda. Bukan saja tidak menggunakan sebarang bahan api, kenderaan elektrik (EV) penuh ini mampu dipandu sejauh 311km dengan sekali cas bateri penuh.

Anda kini boleh menempah Leaf (2019) yang didatangkan dalam versi import (CBU) dari negara asalnya, Jepun. Berikut beberapa fakta tentang model EV popular ini:

  1. Dipadankan bateri litium-ion 40kWh berkuasa 148hp dan tork 320Nm.
  2. Pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 155kmj.
  3. Cas penuh bateri mampu menggerakkan hatchback ini sejauh 311km berdasarkan ujian ECE R101 mengikut standard Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  4. Walaupun pek bateri diletakkan bawah casis, ia mampu meredah banjir tanpa sebarang masalah.
  5. Boleh dicas selamat walaupun ketika hujan.
  6. Setiap pembelian didatangkan dengan standard pengecas kotak dinding 6.6kW untuk dipasangkan di rumah atau kawasan parkir pembeli. Pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 7 jam.
  7. Nissan menyediakan pengecas 50kW CHAdeMO untuk pengecasan pantas, sepantas 60 minit.
  8. Didatangkan dengan gril halografik, diilhamkan daripada berlian, lampu siang (DRL) LED Boomerang, bumbung apung dua tona ikonik dan rim aloi berlian 'Turbin'  17 inci.
  9. Ruang kabin menampilkan stereng sport kulit, kluster paparan multi-info (MID) 7 inci, kerusi kulit Alcantara, kapasiti but 435 liter dan lain-lain.
  10. Dijual pada harga RM188,888 dengan ansuran bulanan kira-kira RM3,200 dengan tempoh pinjaman 5 tahun pada kadar faedah 2.6 peratus.
  11. Turut dipakejkan dengan waranti 3 tahun atau 100,000km perbatuan (mana satu sampai dulu). Waranti bateri ialah 8 tahun atau 160,000km (mana satu sampai dulu).

Adakah pembeli Malaysia sudah boleh menerima kehadiran EV? Adakah fasiliti yang ada sudah mencukupi? Jika tanya kepada kami, kita memang sudah patut mula beralih kepada EV, tetapi hurmmmm…

GALERI

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev