• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Petrol RON97 Terus Naik, RON95 dan Diesel Kekal Mulai Esok (20/07/19)

Harga Petrol RON97 Terus Naik, RON95 dan Diesel Kekal Mulai Esok (20/07/19)

July 19, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

harga ron95
BERMULA esok (20/07), harga runcit bagi petrol RON97 naik lagi sebanyak 10 sen. Manakala harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 20/07/2019 hingga 26/07/2019.

Ini bermakna, harga bahan api RON97 naik daripada RM2.57 kepada RM2.67 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel turut sama kekal pada RM2.18 seliter.

Terbaharu, Pakatan Harapan (PH) akhirnya bersetuju memberikan subsidi petrol dalam bentuk bantuan tunai kepada mereka yang namanya ada dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Keputusan bantuan tunai mengikut format BSH itu dibuat selepas Kerajaan menimbangkan pelbagai cadangan sejak hampir setahun lalu.

TIADA TUNAI UNTUK YANG TIADA KERETA, MOTOR

Kebanyakan penerima BSH memohon menggunakan slip gaji dan pencen. Jadi, Kerajaan memutuskan menggunakan senarai penerima BSH untuk pemberian tunai subsidi petrol, kata sumber yang juga pegawai kementerian.

"Kami boleh buat semak silang dengan data JPJ. Daripada situ, kami boleh lihat jenis kereta yang dimiliki pemohon. Bagi mereka yang tiada kenderaan, mereka tidak dapat tunai," katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November tahun lalu berkata, Kerajaan merancang memberikan subsidi petrol RON95, 30 sen seliter kepada pemilik kereta 1,500cc untuk 100 liter dan motosikal 125cc ke bawah (40 liter).

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

SENARAI HARGA MINYAK [20/07/19 - 26/07/19]

  • RON95: RM2.08/liter (kekal)
  • RON97: RM2.67/liter (naik 10 sen )
  • Diesel: RM2.18/liter (kekal)

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

BACA >>> VinFast - Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga minyak julai 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev