• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Laman Web Nissan Japan Siar Foto Serena Facelift dengan Gril V-Motion Baharu

Laman Web Nissan Japan Siar Foto Serena Facelift dengan Gril V-Motion Baharu

July 18, 2019 By Han Othman Leave a Comment

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Japan dalam laman web rasmi pengeluar itu menyiarkan imej Serena baharu versi dipertingkat (facelift) secara jelas tanpa sebarang foto atau video acah seperti biasa dilakukan pengeluar lain sebelum melancarkan sesebuah model baharu.

Ada perubahan besar pada rupa depan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu berbanding model terdahulu, terutama gril  dengan rekaan V-Motion baharu yang lebih lebar untuk varian e-Power, termasuk juga varian standard yang turut berubah rupa depan.

BACA >>> 7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Nissan Serena S-Hybrid (2018)

nissan-serena-facelift-jepun-5
nissan-serena-facelift-jepun-6

Begitu juga rekabentuk bampar dan lampu belakang yang mana setiap varian Serena facelift kini tampil lebih sporty tanpa mengetepikan imej mewah model berkenaan.

Berdasarkan laman web Nissan Japan, ada dua perubahan ditumpukan Serena facelift, iaitu Monitor Pandang Keliling (AVM) 360º yang menjadi ciri standard semua varian. Ruang kabin masih kekal seperti model lama. Bagaimanapun, spesifikasi lengkap masih belum diperincikan Nissan.

Serena facelift ini dikhabarkan akan dilancarkan pada Ogos nanti, dan Nissan Japan kini sudah mula membuka tempahan awal kepada pembeli yang berminat. Ini termasuk promosi jualan model-model sekarang untuk menghabiskan stok sedia ada.

Harga juga belum diumumkan, tetapi dijangka naik jika mengambil kira ciri tambahan baharu yang diperkenalkan Nissan. DI Malaysia, kali terakhir Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan Serena ialah pada Disember tahun lalu menerusi varian 2.0L S-Hybrid dengan pilihan J Impul, dengan harga bermula RM147,800

BACA >>> Nissan Serena J Impul Kini Ditawarkan di Malaysia - Harga RM147,800

GALERI
nissan-serena-facelift-jepun-2
nissan-serena-facelift-jepun-1
nissan-serena-facelift-jepun-3
nissan-serena-facelift-jepun-4
nissan-serena-facelift-jepun-5
nissan-serena-facelift-jepun-6
nissan-serena-facelift-jepun-7

Related

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Nissan, Nissan Japan, Nissan Serena Facelift (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev