• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-30 Sah Masuk Malaysia, Inilah Crossover yang Kami Tunggu!!!

Mazda CX-30 Sah Masuk Malaysia, Inilah Crossover yang Kami Tunggu!!!

July 17, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU lagi berita baik yang kami baru terima. Bermaz Motor mengesahkan akan membawa masuk model crossover terbaharunya, Mazda CX-30 ke pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh didedahkan buat masa ini., menurut maklumat yang kami terima, CX-30 edisi Malaysia ini akan didatangkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD).

Apa yang pasti, kehadiran model kompak itu pasti memeriahkan lagi pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV), termasuk mempelbagaikan lagi pilihan buat pembeli Malaysia.

BACA >>> Inilah 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Mazda3 (2019) - Harga Bermula RM139k

CX-30 diposisikan di tengah-tengah, antara CX-3 dan CX-5 yang masing-masing berada dalam segmen SUV subkompak (segmen-B) dan kompak (segmen-C). Sebelum menanti kehadirannya ke Malaysia, berikut beberapa fakta menarik tentang crossover itu: 

  1. Dibina berasaskan Arkitektur Kenderaan-Skyactiv (SKA) yang juga diaplikasikan pada Mazda3 baharu. Ia lebih besar daripada CX-3, tetapi lebih kecil daripada CX-5.
  2. Menampilkan rekabentuk bersih, dan slik tanpa garis badan, tetapi lapik sekeliling gerbang roda nampak agak melampau yang membuatkan roda kelihatan kecil.
  3. Rupa dalaman tampil menarik dan elegan dengan rekabentuk mewah yang memberikan fokus utama kepada pemandu. Imej premium diserlahkan menerusi kemasan sulaman benang kontras untuk papan pemuka.
  4. Sistem infotainment juga direka baharu dengan memuatkan paparan skrin lebar 8.8-inci dan tombol kawalan rotari. Ada dua sistem bunyi ditawarkan, iaitu 8 pembesar suara untuk opsyen standard, dan 12 pembesar suara Bose untuk pilihan premium (sama seperti Mazda3).
  5. Dijana enjin 4-silinder 2.0L SkyActiv-G dengan teknologi nyahaktif silinder. Crossover ini juga bakal menawarkan varian Skyactiv-X, iaitu enjin baharu dengan pembakaran secara pencucuhan mampatan.
  6. Dipacu atas sistem pacuan semua roda, i-Activ AWD. Sistem ini bekerja harmoni dengan sistem kawalan vektor, G-Vectoring Control untuk pengalaman pengendalian dan kawalan stereng lebih baik .
  7. Ada ciri G-Vectoring Control Plus, untuk tambahan kawalan oleng ketika membrek bagi memberikan lebih kestabilan apabila berlaku kecemasan dalam situasi sukar dielak dan ketika memandu dalam kelajuan tinggi.
  8. Antara ciri keselamatan lain,  Sistem Pemantauan Pemandu Mazda yang menggunakan kamera inframerah, dan LED untuk memantau kondisi pemandu ketika memandu. Juga disediakan sistem amaran trafik depan (FTA) untuk mengingatkan pemandu tentang situasi persimpangan sibuk di depan.

CX-30 akan bersaing dengan Subaru XV dan model seangkatan dengannya. Memang rasa tak sabar menunggu model ini ke Malaysia. Tungguuu...

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

GALERI

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2020 Mazda CX-30, Auto Terkini, Crossover, enjin Mazda CX-30, harga Mazda CX-30, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mazda CX-30, Mazda CX-30 malaysia, Mazda Malaysia, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev