• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

July 17, 2019 By Aryon Leave a Comment

7.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI berita pelik tapi benar dari negara jiran Vietnam. Siapa sangka pelancaran Honda Winner X membuatkan harga model seterunya, Yamaha Exciter 150 (Malaysia: Y15ZR) kini dijual lebih murah daripada harga cadangan pengeluar.

Berdasarkan tinjauan media di Yamaha Town di Jalan Nguyen Khanh Toan Street, Exciter edisi terhad yang berharga 47 juta dong (RM8,330) kini lebih murah 1 juta dong (RM180), manakala versi Monster Energy lebih murah 2 juta dong (RM350). Ini sesuatu yang jarang berlaku kerana harga Exciter kali ini lebih rendah daripada harga cadangan Yamaha.

BACA >>> Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740

CIRI BAHARU HONDA WINNER X BUAT YAMAHA RISAU?

Winner X ialah model baharu Honda yang baru saja dilancarkan beberapa hari lalu dengan menampilkan rekabentuk baharu sepenuhnya berbanding model terdahulu.

Sama seperti peminat di Malaysia, rekabentuk Winner X turut mengundang pelbagai komen bercampur kerana menggabungkan gaya skuter. Namun, keberanian Honda untuk tampil berbeza turut mendapat pujian peminat permotoran di sana.

Malah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan tanda harga lebih murah juga memberikan nilai tambah buat Winner X. Mungkin inilah sebab kenapa Yamaha di Vietnam tiba-tiba mengurangkan harga Exciter 150.

SUMBER:

Related

7.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Harga Yamaha Exciter 150, roda2, Vietnam, Yamaha, Yamaha Exciter 150, Yamaha Town, Yamaha Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my