SEMALAM, model baharu Honda Winner X secara rasmi mula dijual di pasaran dan kini sudah berada di kedai-kedai motosikal seluruh Vietnam.
Menariknya, berdasarkan tinjauan media di Hanoi, setakat ini harga cadangan Winner X tidak berbeza dengan harga di kedai motor. Ini mungkin kerana jumlah pembeli Winner tidaklah terlalu besar walaupun jumlah unit dikeluarkan agak sedikit.
BACA >>> Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas
Harga jualan Winner X kekal mengikut harga asal direkomenkan Honda, iaitu 45.99 juta dong (RM8,098) untuk CBS, 48.99 juta dong (RM8,626) - ABS Camo dan 49.49 juta dong (RM8,714) - ABS Black Matte.
ANSURAN TANPA FAEDAH
Pembeli juga boleh membeli Winner X pada harga tanpa faedah. Misalnya, pengedar Honda di jalan Le Van Luong, Hanoi, menawarkan skim bayaran ansuran tanpa faedah dengan bayaran pendahuluan 20 juta dong (RM3,540) dan baki selebihnya dibayar secara ansuran selama 10 bulan.
Kebiasaannya, harga motosikal baharu di Vietnam akan terus melonjak selepas pelancaran model tersebut. Harga tersebut akan naik lebih tinggi daripada harga cadangan pengeluar mengikut daya tarik sesebuah model berkenaan. Bagaimanapun, situasi sama tidak berlaku untuk Winner X, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.
BACA >>> Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k
Harga motosikal di Vietnam sama seperti Malaysia yang mana pengedar atau tauke kedai berkuasa penuh dalam menentukan harga sesebuah model. Semakin popular sesebuah jenama, maka semakin tinggi harga jualan motosikal tersebut.
Dan Yamaha Exciter ialah antara model kapcai paling mahal di sana. Sama saja dengan Malaysiakan?
SUMBER: Zing.zn
syazwan ewan says
dah boleh booking ke motor ni ?
mat says
kenapa honda winner x
tk mk mysia..
klo msk bila?
Gabbriel alessi says
Sudah dapat beli ka??
apak ang la says
baru sembang ngan boon siew smlm..dia cakap..winner x takkan masuk malaysia..so korang xyah mimpi la ok..
KALAIYARASU says
BARU I PERGI SHOWROOM HONDA KAT K.KANGSAR PERAK
WINNER X DAH DILARANGKAN DI MALAYSIA
Nora Sulaiman says
Bila nak masuk pasaran ke Malaysia?