• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Tiada Lagi Lorong Smart Tag di Lebuh Raya Dua Tahun Lagi

Menteri: Tiada Lagi Lorong Smart Tag di Lebuh Raya Dua Tahun Lagi

July 16, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA lagi lorong Smart Tag di semua plaza tol seluruh Malaysia menjelang dua tahun lagi, menurut Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Baru berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada Kerajaan akan mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk menggunakan sistem identifikasi frekuensi radio (RFID) untuk bayaran tol.

"Tiga hingga lima tahun terlalu lama. Tetapi berikan kami masa untuk memastikan ia dilaksanakan sebaiknya untuk manfaat pengguna jalan raya," kata Baru selepas menghadiri Persidangan Konsesi Lebuh Raya 2019, semalam.

BACA >>> Mabuk Punca Myvi Masuk Rel Kereta Api Kerana Sangka Pengadang Plaza Tol

Menurutnya, plaza tol tanpa palang hanya akan bermula apabila sistem RFID digunakan secara meluas di semua lebuh raya seluruh Malaysia.

Berdasarkan pelan awal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sistem RFID sepatutnya bermula pada suku ketiga tahun lalu. Lorong khas untuk Smart Tag pula akan dihentikan selepas palang dan pondok tol dihapuskan sebagai sebahagian Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang dijangka dilaksanakan dua tahun lagi.

Baru berkata lagi, Kerajaan perlu membangunkan standard dan garis panduan untuk industri lebuh raya, terutama di kawasan pemodelan maklumat bangunan, protokol komunikasi, analitik data besar dan pengurusan aset taktikal dan strategik.

BACA >>> Touch n' Go Lancar Sistem RFID Sepenuhnya di Semua Lebuh Raya Tahun Depan!

SUMBER: TheStar

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Baru Bian, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Lebuh Raya, Menteri Kerja Raya, plaza tol, RFID, Smart Tag, tol, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev