• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson Dedah Butiran Lengkap Model Elektrik, LiveWire

Harley-Davidson Dedah Butiran Lengkap Model Elektrik, LiveWire

July 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-Davidson
akhirnya mendedahkan butiran penuh motosikal elektrik pertama jenama itu, LiveWire.

LiveWire dipacu motor 'Revelation' berkuasa 103.5hp menjadikan ia Harley paling berkuasa setakat ini. Bagaimanapun, dibandingkan dengan model berkuasa petrol, tork Livewire cuma 116Nm. Bantuan motor elektrik juga membolehkan motosikal ini memecut 0-100kmj sepantas 3 saat!

BACA >>> Harley-Davidson Livewire dengan Gear Menderum Kini Boleh Ditempah, Harga RM122k!

Bateri 15.5kWh dimiliki LiveWire memerlukan 12.5 jam untuk dicas penuh menerusi pengecas biasa, sebaliknya cuma mengambil masa sejam jika menggunakan pengecas pantas. Isian penuh bateri mampu menggerakkan motosikal elektrik ini sejauh 235km untuk tunggangan bandar, 113km di lebuh raya dan 152km untuk kombinasi tunggangan bandar dan lebuh raya.

Bahagian roda LiveWire menggunakan rim 17 inci yang dibalut set tayar Michelin Scorcher. Sistem suspensi disokong fork terbalik (USD) di depan dan monoshock boleh laras sepenuhnya di belakang. Kedua-dua sistem suspensi ialah buatan Showa.

Sistem henti menggunakan brek cakera 300mm di depan dan 260mm di belakang. Ada juga panel skrin TFT 4,3 inci dengan fungsi Bluetooth yang memaparkan maklumat navigasi selekoh-demi-selekoh, lokasi-geo, dan ciri pagar-geo untuk tambahan ciri keselamatan.

LiveWire turut dimuatkan sistem kawalan traksi, Sistem Brek Anti-Kunci berasaskan Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-paksi dan 7 mod pacuan (Sport, Rain, Road, Range dan tiga mod kustom).

BACA >>> Model Elektrik, Harley-Davidson LiveWire (2019) Debut Tahun Depan

LiveWire akan dijual pada harga AS$29,799 (RM122,280). Adakah model elektrik ini akan masuk pasaran Malaysia?

Harley Davidson Livewire13
Harley Davidson Livewire7
harley-davidson-livewire-6
harley-davidson-livewire-7
Harley Davidson Livewire

SUMBER: HarleyDavidsonUS

Related

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harley-Davidson, Harley-Davidson LiveWire, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev