• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Buat GrabCar Tanpa Lesen PSV Boleh Kena Denda RM2k atau Penjara 6 Bulan!

Buat GrabCar Tanpa Lesen PSV Boleh Kena Denda RM2k atau Penjara 6 Bulan!

July 12, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU kereta e-hailing yang tidak memiliki lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) akan berdepan hukuman denda RM2,000 atau dipenjara tidak lebih 6 bulan, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pemandu e-hailing yang tiada lesen PSV melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pesalah boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih 6 bulan jika disabitkan kesalahan," kata Shaharuddin.

Menurutnya, tindakan juga akan diambil ke atas pemandu yang gagal mempamerkan pelekat e-hailing, termasuk kenderaan yang mengalami masalah teknikal.

BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas

Kegagalan mempamerkan pelekat ialah kesalahan di bawah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Tingkah Laku Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959, dan pesalah berdepan hukuman denda tidak ebih RM2,000 atau penjara tiak lebih 6 bulan.

Pada November tahun lalu, Menteri Pengangkutan Anthoy Loke Siew Fook mengumumkan pemandu e-hailing perlu memiliki lesen PSV bermula Januari tahun ini. Menurutnya, pemandu diberikan tempoh hingga 12 Julai ini untuk mendapatkan lesen, termasuk mengambil kursus PSV. Tiada lagi tempoh lanjutan selepas tarikh tersebut.

Pemandu e-hailing dilaporkan perlu membayar hingga RM800 untuk memiliki lesen tersebut dan dokumen diperlukan. Kos tersebut adalah melibatkan ujian lesen sebanyak RM200, caj insurans tahuan (RM300-RM400) untuk kenderaan PSV dan caj perbaharui lesen PSV (RM20).

BACA >>> Ini Mungkin Penunggang GrabFood Paling Laju di Malaysia, Hantar Makanan Naik Ducati

Setakat ini hanya 10 peratus pemandu e-hailing dilaporkan memiliki lesen PSV. Di Malaysia, perkhidmatan e-hailing didominasi syarikat tempatan, GrabCar walaupun ada beberapa syarikat kecil lain menawarkan servis serupa.

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, e-Hailing, grab, GrabCar, Lesen, Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen PSV, Menteri Pengangkutan, Perkhidmatan e-Hailing, teksi e-hailing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev