• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW 740Le xDrive Pure Excellence di Bilik Pameran Bermula 19 Julai, Harga RM594,800

BMW 740Le xDrive Pure Excellence di Bilik Pameran Bermula 19 Julai, Harga RM594,800

July 11, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Malaysia memperkenalkan BMW 740Le xDrive menerusi varian ‘Pure Excellence’ yang dipasangkan secara pemasangan tempatan (CKD) bermula 19 Julai ini pada harga RM594,800 selepas diberikan diskaun EEV daripada harga asal RM907,145.

Model limosin ini dijana enjin 6-silinder sebaris 3.0L Turbo  berkuasa 113bhp @ 3,170rpm dan tork 265Nm @ 2,700rpm, manakala hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan Steptronic.

BACA >>> Genesis G70 - Mahu Saingi BMW 3 Series!

Paduan enjin dan motor membolehkan model 7 Series ini menjana kuasa setinggi 392hp dan tork 600Nm. Bateri litium-ion diletakkan di bawah kerusi belakang mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 46km menggunakan kuasa elektrik penuh dengan kelajuan maksimum 140kmj.

Atas kertas, pecutan 0-100kmj mampu dilakukan sepantas 5.3 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj. Penjimatan bahan api ialah 2.8 liter per 100km, dan pemandu boleh memilih 5 mod pemanduan mengikut kesesuaian memandu, iaitu: Sport, Adaptive, Hybrid, Electric dan Battery Control.

Apabila enjin dihidupkan, kereta akan berada dalam mod Hybrid dan Bateri Control yang membolehkan pemandu menetapkan tahap cas bateri tertentu untuk kegunaan kemudian. Keselesaan pengendalian diserahkan kepada suspensi double-wishbone di depan dan five link di belakang dengan sistem pelarasan udara sendiri.

BACA >>> BMW 7 Series (2020) Debut dengan Gril Serba Baharu

GRIL KIDNEY 40 PERATUS LEBIH BESAR

Penampilan 7 Series kali ini berbeza dengan gabungan gril 'ginjal' besar dan menegak bersaiz 95mm bersama lampu depan lebih langsing dan memanjang serta bercirikan cahaya laser. Apron depan tidak didatangkan dengan lampu kabus dan bahagian bawah memiliki ruang udara besar merentasi salur udara luar.

Bagi pasaran tempatan 745Le dilengkapi pakej M Sport dan lampu belakang hadir dengan visual 3D dan 35mm lebih nipis. Pengenalan 'L' untuk model ini merujuk kepada jarak antara roda panjang, 3,210 mm.

Ruang kabin menampilkan sistem Live Cockpit Professional, terdiri daripada dua paparan skrin, kluster instrumen 10.25-inci, dan unit infotainment 12.3 inci yang dikuasakan Sistem Operasi (OS) BMW 7.0.

BACA >>> Cadillac Escalade - SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

Selain itu ciri dalaman kabin lain membariskan kawalan penyaman udara empat zon, kemasan kulit, bumbung panorama Sky Lounge, BMW Display Key, 16 pembesar suara dengan sistem bunyi Harman Kardon 600 watt dan sistem hiburan penumpang belakang dengan dua skrin yang dioperasi menerusai tablet BMW Touch Command 7 inci.

Tidak ketinggalan, sedan mewah itu dilengkapkan sistem bantuan elak kemalangan, Evasion Aid System (EAS) yang mana stereng akan mengambil alih kawalan pemanduan jika berlaku situasi kecemasan. Juga ada sistem brek pintar, Crossroads Warning dengan City Brake Activation, Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng (SLCA), Bantuan Parkir dan Bantuan Undur.

GALERI

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW 7 Series, BMW 7 Series (2020), BMW 740Le xDrive, BMW 740Le xDrive Pure Excellence, BMW Malaysia, limosin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev