• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 6 Sebab Kenapa Toyota C-HR Sangat Berbaloi Dimiliki

6 Sebab Kenapa Toyota C-HR Sangat Berbaloi Dimiliki

July 16, 2019 By Azhan O Leave a Comment

23.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA C-HR dilancarkan di Malaysia pada Mei 2017 dan sedar tidak sedar sudah lebih dua tahun berada di pasaran tempatan. Bagi spesifikasi Malaysia, cuma satu varian diperkenalkan, iaitu 1.8L (AT) berkuasa 140ps dan tork 171Nm.

Pada harga RM150,000 atas jalan tanpa insurans, nilai C-HR mungkin agak keras jika dibandingkan pesaing lain dalam kelas sama. Tetapi ada beberapa sebab yang mungkin melayakkan kenderaan utiliti sukan (SUV) ini dimasukkan dalam senarai pendek kereta idaman, terutama buat peminat SUV.

Ya, ada beberapa sebab yang membuatkan C-HR ini berbaloi dimiliki...

1. REKABENTUK LUARAN MASKULIN + SEKSI + FUTURISTIK

Kalau kita tengok di pasaran SUV segmen-B, ada dua elemen rekabentuk yang mendominasi cita rasa pembeli. Pertama, rekabentuk tradisional yang berkotak dan maskulin, dan kedua, rekabentuk elegan dengan lekukan lembut dan seksi.

Uniknya, C-HR menawarkan dua elemen rekabentuk tersebut. SUV ini bukan saja maskulin, tetapi juga seksi seperti intan permata yang sentiasa mahu dipandang dengan tambahan elemen futuristik. Rupa depan adalah bahagian paling menonjol dan radikal pada SUV ini, manakala warna dua-tona berserta rim kipas 'Y' memberikan imej sporty yang  cukup menyerlah di atas jalan.

2. INFOTAINMENT SERASI APPLE CARPLAY, ANDROID AUTO

Masuk saja ke dalam kabin, anda akan dihidangkan dengan unit infotainment skrin sentuh kapasitif 6.75 inci di tengah papan pemuka yang serasi perisian Apple CarPlay dan Android Auto. Anda juga diberikan ciri konektiviti mesra peranti seperti iPod, dan sambungan wayarles seperti Wi-Fi, dan Bluetooth, termasuk juga palam USB. Tidak dilupakan ciri wajib ada untuk sebuah SUV, iaitu kamera undur.

Ada enam pembesar suara mengeliling ruang dalaman C-HR. Enjin boleh dihidupkan tanpa memulas kunci menerusi sistem penghidup pintar aka keyless. Sistem penyaman udara daripada jenis kawalan klimat automatik dual-zon.

Maklumat pemanduan dipaparkan sejelasnya pada panel meter Paparan Multi-Info (MID) 4.2 inci optitron. Ada juga tiga mod pemanduan yang boleh dipilih ikut mood memandu: Eco, Normal dan Sport. Kalau rasa hendak laju, tekan saja Sport, memang berdesup perginya!

3. SUSPENSI BELAKANG DOUBLE-WISHBONE!

C-HR dipadukan enjin aspirasi natural (NA) 4-silinder sebaris, 16 injap DOHC dengan teknologi DVVT-i. Kuasa 140ps @ 6,400rpm sudah cukup untuk pemanduan yang penuh ketenangan dan keseronokan di lebuh raya, manakala tork 171Nm @ 4,000rpm memberikan daya kilas terbaik bagi sebuah SUV berstatus NA. Sistem transmisi jenis CVT 7-kelajuan Sequential Shiftmatic memberikan kelancaran diperlukan dalam sebarang kondisi pemanduan.

Menambahkan lagi kesedapan SUV ini sistem suspensi yang menggunakan strut MacPherson dengan stabiliser di depan dan double-wishbone dengan stabiliser di belakang. Berbanding suspensi torsion beam yang ringkas dan murah, tetapan suspensi double-wishbone pula lebih kompleks dan juga lebih mahal yang biasanya dipasangkan pada segmen sedan atau hatchback.

Jarang SUV menggunakan suspensi belakang jenis ini, kalau ada pun itu model lebih premium. Kelebihan double-wishbone? Tentulah kualiti pengendalian yang lebih baik. Kata orang, memang sedap layan corner!

4. SELESA, SELAMAT DENGAN PLATFORM TNGA DAN CIRI KESELAMATAN 5-BINTANG ASEAN NCAP

C-HR dibina atas platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), iaitu casis baharu yang dibangunkan Toyota dengan menawarkan lebih keselesaan dan kesenyapan, termasuk meningkatkan aspek pengendalian. Ini juga antara sebab kenapa harga C-HR lebih premium berbanding SUV lain dalam kelas sama.

Casis kuat dimiliki C-HR disempurnakan dengan ciri keselamatan lengkap yang melayakkan SUV ini mendapat rating 5-bintang Asean NCAP. Apa yang C-HR ada?

Hah, bacalah sendiri: 7 beg udara (2 depan, 2 sisi, 2 tirai, 1 lutut), Kawalan Daki Bukit (HAC), Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC) dengan Kawalan Traksi (TRC), sensor parkir, Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan Brek Pegun Automatik (ABH), dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS). Banyakkan?

Jangan lupa, ada juga pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, dan tali keledar jenis 3-poin ELR untuk semua kerusi. Kerusi depan ditambahkan lagi ciri prategang (pretensioner) dan pengehad daya (force limiter) untuk mengoptimumkan fungsi beg udara. Nak tau macam mana dua ciri keselamatan ini berfungsi, cuba layan video di atas. Power-kan?

5. KABIN DAN BUT LUAS YANG CUKUP UNTUK ISI BARANG SETIAP PENUMPANG

Toyota C-HR 2017 boot interior
but-toyora-ch-r-2
Generated by pixel @ 2019-06-11T10:54:53.585955

Jarak roda panjang, 2,640mm pada C-HR memberikan ruang kelegaan kaki yang luas buat penumpang depan dan belakang. Ruang but 377 liter atau 388 liter juga secara relatif lebih luas berbanding kapasiti but model hatchback biasa. Luas kargo juga boleh ditambah dengan ciri kerusi belakang yang boleh dilipat rata dengan konfigurasi 60:40.

Luas but standard pun sebenarnya sudah cukup untuk penuhkan barang peribadi setiap penumpang dalam kereta jika hendak ke mana-mana sama ada bercuti raya atau pergi berpiknik.

6. WARANTI TANPA HAD DAN KOS SERVIS BERBALOI

toyota-logo
toyota-ch-r-waranti-2019

Setiap pembelian C-HR akan diberikan pakej waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, tertakluk terma dan syarat. Menariknya, Toyota turut menyenaraikan kos penyenggaraan C-HR hingga perbatuan 100,000km dengan bajet serendah RM127 untuk pakej paling asas bermula 15,000km atau selepas 9 bulan kereta dipandu.

Tengoklah jadual di bawah ini dan buatlah kira-kira sendiri. Kata orang, tepuk dada tanya poket atau akaun bank. 😅

Related

23.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak, Toyota, toyota CH-R, UMW Toyota Motor Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev