KENDERAAN utiliti sukan (SUV) dari China, Bogward BX5 baru saja diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan pasti ada yang tidak begitu mengenali jenama ini.
Borgward ialah jenama automotif premium yang berasal dari Bremen, tetapi kini berpangkalan di Stuttgart, Jerman. Pengeluar ini menjalinkan kerjasama strategik dengan mendapat pelaburan daripada syarikat China, Foton Motor yang juga subsidiari BAIC, iaitu salah satu gergasi automotif di Negara Tembok Besar itu.
BACA >>> Daimler Mula Bincang Potensi Pasaran di China
BX5 ialah salah satu daripada tiga model SUV generasi baharu diperkenal Bogward selain BX7 dan BX7 TS. Model spesifikasi Malaysia ini didatangkan secara pemasangan tempatan (CKD).
Berikut 5 fakta pantas tentang Bogward BX5:
1. ADA 2 JENIS ENJIN
BX5 versi Malaysia ditawarkan dalam dua pilihan enjin 4-silinder turbocas yang dibangunkan Borgward di Jerman bersama rakan kongsi seperti Bosch, FEV dan IHI.
- 1.4T GDI 2WD - 148hp @ 5,500rpm, 250Nm @ 1,750-4,000rpm
- 2.0T GDI 4WD - 221hp @ 5,500rpm, 300Nm @ 1,500-4,500rpm
Kedua-dua enjin dipadankan transmisi tiptronik 6-kelajuan Aisin.
2. ADA 5 VARIAN UNTUK DIPILIH
Daripada dua pilihan enjin di atas, ada 5 varian berbeza, iaitu dua untuk 1.4T dan tiga untuk 2.0T:
- 1.4T 2WD - FASHION, TS
Ciri: Lampu utama halogen dengan lampu siang (DRL) LED, lampu belakang LED, rim 19 inci dan tayar 235/55, penghidup tanpa kunci @ keyless, unit infotainment skrin sentuh 8 inci, penyaman udara tunggal, kluster meter 4.2 inci, pengimbas tol dan kawalan jelajah.
Varian 1.4T TS mendapat kemasan TS Line, gril 'diamond', sil pintu merah, penutup konsol tengah, karpet kaki spesial, visor pintu dan cermin gelap.
- 2.0T 4WD - LUXURY, TS, CRS
Ciri : Luxury dan TS sama seperti ciri 1.4T dengan tambahan sensor parkir 360º, pintu but elektrik, cermin sisi dengan lampu lantai @ puddle lamp, penyaman udara dual-zon dengan ventilator belakang.
Varian 2.0T CRS mendapat rim 20 inci dengan tayar 245/45, dan karpet kaki spesial, tiada kemasan TS Line. Ada ciri glass coating dan balutan badan (body wrapped) warna kusam.
3. HARGA KOMPETITIF, BERMULA RM119k
Pemasangan tempatan (CKD) membolehkan BX5 dijual pada harga sangat kompetitif seperti pesaing jenama bukan nasional lain:
- BX5 1.4T Fashion - RM118,950
- BX5 1.4T TS - RM130,950
- BX5 2.0T Luxury - RM138,950
- BX5 2.0T TS - RM150,950
- BX5 2.0T CRS - RM156,950
4. CIRI KESELAMATAN LENGKAP UNTUK SEMUA VARIAN
Semua varian memiliki ciri keselamatan standard seperti berikut:
- 6 beg udara (2 depan, 2 sisi, 2 tirai)
- Tali keledar 3-poin dengan prategang dan pengehad daya
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
- Brek Pegun Automatik @ AutoHold
- Kawalan Traksi
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
- Kawalan Daki Bukit (HAC)
- Kawalan Turun Bukit (HDC), untuk varial 2.0T sahaja
- Sistem Diferensial Elektronik (EDS)
5. WARANTI 8 TAHUN, TANPA HAD PERBATUAN
Setiap pembelian mendapat pakej Borgward Privileges, terdiri daripada:
- Waranti 8 tahun tanpa had perbatuan
- Servis percuma 5 tahun (termasuk kos buruh dan alat ganti)
- Kad Borgward RedBlack untuk petrol percuma 2 tahun
- Bantuan jalanan (dengan servis tunda percuma)
- RedBlack Premier (dapat tunai @ cashback untuk 5 tahun).
GALERI
Leave a Reply