FOTO sepanduk di atas dipetik daripada laman Facebook Ministry of Superbike Singapore yang memaparkan peringatan diuarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia tentang larangan membawa masuk helmet yang tidak mendapat permit sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut apa ditulis sepanduk itu, pihak kastam boleh menyita atau merampas helmet yang tidak mematuhi piawaian:
- UN R22 Helmet Pelindung dan Visor untuk Penunggang dan Pembonceng Motosikal dan Moped / United Nation UN R22 Protective Helmets and Their Visor for Driver and Passenger of Motorcycles and Moped; iaitu ECE22
- Spesifikasi MS 1 untuk Helmet Pelindung untuk Penguna Kenderaan / MS1 Specification for Protective Helmets for Vehicle Users
* UN - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; MS - Malaysia Standard
Jadi sila pastikan helmet anda tertera pelekat ECE22 atau MS1 seperti di bawah ini:
Leave a Reply