• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / India Turunkan Kadar GST 12% Kepada 5% untuk Motor Elektrik, Harga Dijangka Murah

India Turunkan Kadar GST 12% Kepada 5% untuk Motor Elektrik, Harga Dijangka Murah

July 9, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN India setuju mengurangkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk motosikal elektrik daripada 12 peratus kepada 5 peratus. Penetapan kadar baharu itu diumumkan Menteri Kewangan India, Nirmala Sintharaman dalam pembentangan Bajet 2019, 5 Julai lalu.

Kerajaan New Delhi kini sudah mengarahkan Majlis GST supaya merendahkah kadar cukai tersebut untuk kenderaan elektrik (EV) yang dijangka mengurangkan harga kereta dan motosikal elektrik di India. Ini termasuk menambah pengurangan cukai pendapatan berjumlah Rs1.5 lakh (RM9,058) ke atas bayaran faedah untuk pinjaman pembelian EV.

BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?

nirmala-sitharaman-menteri-kewangan-india-1
nirmala-sitharaman-menteri-kewangan-india

Menurut Nirmala, pembeli India kini akan menerima manfaat keseluruhan bernilai 2.5 lakh (RM15,097) untuk pembelian EV, termasuk diskaun pinjaman seperti disebutkan di atas bersama manfaat cukai lain yang ditawarkan mengikut tempoh pinjaman.

Bajet baharu tersebut memberikan mesej jelas kepada pengeluar automobil mengenai sokongan New Delhi terhadap inisitif kenderaan hijau. Pada masa sama, Kerajaan mengumumkan kenaikan duti eksais Rs1 per liter (~10 sen) untuk kenderaan petrol dan diesel.

BACA >>> 'Jaket Kuning' Bakar Kereta Orang Awam, Protes Cukai Diesel dan Kos Sara Hidup Tinggi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bajet 2019 India, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), India, Kerajaan India, New Delhi, Nirmala Sintharaman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev