• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ‘Jaket Kuning’ Bakar Kereta Orang Awam, Protes Cukai Diesel dan Kos Sara Hidup Tinggi

'Jaket Kuning' Bakar Kereta Orang Awam, Protes Cukai Diesel dan Kos Sara Hidup Tinggi

December 14, 2018 By AO Leave a Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGAN ingat di Eropah tidak berlaku vandalisme dan penduduknya baik-baik belaka. Malah kalau berlaku sesuatu insiden, kesannya memang teruk. Di Perancis misalnya, setiap hujung tahun pasti akan berlaku banyak insiden kereta dibakar di ibu kota Paris. Tahun lalu sahaja jumlah kenderaan yang dibakar mencapai angka 650 unit.

Sekarang anda mesti hati-hati jika pergi ke beberapa bandar Perancis, terutama Paris berikutan protes ganas terhadap Presiden Emmanuel Macron yang tercetus sejak beberapa minggu lalu. Macron menjadi sasaran kemarahan ribuan penunjuk perasaan, yang dikenali sebagai 'Jaket Kuning', akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

BACA >>> Kerajaan Bogota Haramkan Pembonceng Motosikal Lelaki Masuk Bandar, Rakyat Protes!

Semuanya gara-gara tindakan Presiden Perancis itu menaikkan cukai ke atas bahan api diesel bagi menggalakkan penduduk bandar memandu kenderaan lain yang lebih mesra alam. Perancis ialah antara negara yang memiliki ramai pemandu kenderaan diesel.

PROTES 'JAKET KUNING'


Nama gerakan 'Jaket Kuning' (Yellow Vest) diambil sempena jaket keselamatan reflektor yang wajib dibawa setiap pemilik kenderaan di Perancis. Jaket itu juga dipakai ketika melakukan protes ke atas Kerajaan Macron. Malah berlarutan kepada adegan bertempur dengan anggota polis, merosakkan premis perniagaan dan kemudahan awam.

Lebih menakutkan, kumpulan protes turut mensasarkan kenderaan awam secara rawak. Namun, kenderaan yang menjadi sasaran awal ialah kereta mewah sebagai simbolik kepada sikap Macron sebagai Presiden untuk orang kaya, bank dan korporat. Jadi orang awam, termasuk pelancong dinasihatkan supaya tidak memarkir kenderaan di tempat terbuka di bandar-bandar besar seluruh Perancis.

BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040

Jom kita tonton aksi dramatik dilakukan kumpulan 'Jaket Kuning' ke atas sebuah Porsche 911 Cabriolet putih yang diparkir di sebatang jalan di ibu kota Paris.

Apapun, syukurlah Malaysia masih aman! (acukan penumbuk ke udara)

protes-perancis-yellow-vests-1
protes-perancis-yellow-vests-2
protes-perancis-yellow-vests-3
protes-perancis-yellow-vests-4
protes-perancis-yellow-vests-5
protes-perancis-yellow-vests-6
protes-perancis-yellow-vests-7
protes-perancis-yellow-vests-8

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Emmanuel Macron, Paris, Perancis, Presiden Perancis, Protes, Protes Perancis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor
    Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my