• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sumber: Proton X50 Akan Lancar Ogos 2020, Dipasang Sepenuhnya di Tanjung Malim

Sumber: Proton X50 Akan Lancar Ogos 2020, Dipasang Sepenuhnya di Tanjung Malim

July 8, 2019 By Han Othman Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Holdings Bhd dijangka melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, X50 pada Ogos tahun depan menurut satu sumber dipercayai dipetik TheMalaysiaReserved.

Menurut sumber tersebut, X50 akan dipasangkan sepenuhnya di kilang baharu Proton yang sudah dinaik taraf di Tanjung Malim, dan tiada lagi versi import sepenuhnya (CBU) seperti X70. Semuanya dibangunkan khas secara pemasangan tempatan (CKD).

Seperti diketahui, X50 akan dibina atas platform Geely Binyue, dipanggil Arkitektur Modular Segmen-B (BMA), yang mana Proton akan bekerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Group untuk membangunkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD).

Pembinaan secara CKD itu dikatakan mampu menjimatkan pelaburan lebih RM200 juta berbanding melakukan penukaran versi asal daripada LHD kepada RHD, dan mengimport model itu dari China.

BACA >>> Geely XingYue Lancar di China, Dibina Atas Platform Volvo XC40 dengan Ciri Imbas Wajah

TOPIK HANGAT DI MALAYSIA

X50 mula menjadi topik hangat di Malaysia kerana status SUV itu sebagai model yang lebih kecil daripada X70 (Geely Boyue). Ini bermakna, model tersebut akan dijual lebih murah daripada X70. Malah, harga X70 sekarang (RM99,800-RM123,800) adalah versi CBU.

Ini bermakna X50 akan lebih murah daripada X70 CKD (masih belum umum), sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memilikinya. Apabila dilancarkan kelak, X50 akan berentap dengan model seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Perodua Aruz.

Tambahan lagi Binyue ialah model Geely yang juga baru dilancarkan di China (November 2018), dan paling mengujakan, platform BMA dibangunkan Geely bersama Volvo Cars. Harga jangkaan X50, iaitu bermula RM75,000 (seperti diramalkan banyak media permotoran) sudah cukup membimbangkan pesaing lain, tetapi pada masa sama menggembirakan ramai pembeli Malaysia.

BACA >>> Proton X70 Siap Dipasang di Kilang Baharu, Mula Operasi Separuh Kedua Tahun Ini

SUV BAKAL JADI TREND BAHARU DI MALAYSIA

Kilang Proton baharu di Tanjung Malim baru saja disiapkan Februari lalu, dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada penggal kedua tahun ini.

Proton mula mencetuskan minat kalangan pembeli tempatan terhadap segmen SUV berikutan kejayaan jualan X70. Bagi enam bulan pertama tahun ini, Proton sudah menghantar 43,679 unit kenderaan atau 61 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bulan lalu, sebanyak 7,615 unit kereta Proton terjual, iaitu 18.1 peratus daripada keseluruhan jumlah jualan (TIV) bulan tersebut, yang juga perkongsian pasaran terbesar sejak Julai 2015.

Kejayaan Proton menjual 10,611 unit pada Mei lalu turut membolehkan pengeluar nasional itu mengatasi Honda (10509 unit) sebagai jenama automotif nombor dua di Malaysia, bulan tersebut. X70 turut menjadi SUV paling laris Malaysia apabila lebih 15,000 unit terjual sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

SUMBER: TheMalaysiaReserved

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Arkitektur Modular Segmen-B (BMA), Auto Terkini, B-segment Modular Architecture (BMA), Geely, Geely Binyue, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton X50, Roda4, SUB Subkompak, SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev