• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Paten Diagram Dedah Kawasaki Sedang Bangunkan Sistem Hibrid untuk Sportbike

Paten Diagram Dedah Kawasaki Sedang Bangunkan Sistem Hibrid untuk Sportbike

July 7, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI nampaknya turut tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan menghasilkan produk hijau. Berbeza pesaing lain yang memulakan projek masing-masing dengan model elektrik, Kawasaki memilih memulakan projek itu dengan membangunkan teknologi hibrid terlebih dulu.

Maklumat ini diperoleh daripada dokumen paten pengeluar itu yang sudah kini tersebar di media sosial. Rancangan asal Kawasaki mahu membangunkan sistem hibrid ini kali pertama diketahui menerusi dokumen paten di Jepun pada 2017.

Setahun kemudian, pengeluar itu dikesan mendaftarkan paten tersebut di Amerika Syarikat yang mendedahkan gambarajah motosikal yang dilengkapi enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik. Kini ia sudah diketahui umum.

BACA >>> Yamaha Grand Filano Hybrid Lancar di Thailand - 62k Baht (RM7.5k) Sahaja

Diagram sistem hibrid selari (parallel hybird) di atas menunjukkan enjin petrol dan motor akan saling bekerja untuk menghantar kuasa ke roda belakang. Paten itu juga menjelaskan tentang konsep mod hibrid seperti motor elektrik membekalkan kuasa, manakala enjin pula bertindak sebagai penyambung perbatuan.

Berdasarkan diagram paten Fig. 1 di atas, motor elektrik AC (#4), dan enjin pembakaran dalam membentuk satu unit tunggal bersama dengan transmisi (#5a), semua berkongsi perumah sama. Bateri (#21) ditempatkan atas enjin antara spar frem yang biasanya terletak tangki minyak konvensional (#14).

Pada konfigurasi itu, tangki (#15) boleh diletakkan tepi pelana, atau alternatif lain, di luar frem berdekatan bateri.

BACA >>> Bocor Paten Kompartmen Bateri, BMW Motorrad Bakal Keluarkan Model Hibrid ?

Dalam kes lain, tangki minyak diletakkan sebelah kiri motosikal yang diseimbangkan dengan tangki penyejuk (coolant) sebelah kanan. Secara teori, bahagian komponen berat diletakkan berdekatan pusat graviti.

Kawasaki sebenarnya turut memfailkan banyak paten berbeza untuk motosikal elektrik sejak beberapa tahun lalu. Namun, belum ada sebarang gambaran yang dapat dilihat buat masa ini. Cuma tinggal persoalan, selepas membangunkan hibrid, bilakah model konsep dengan teknologi itu akan ditayangkan kepada umum?

BACA >>> Yamaha Patenkan Beg Udara Skuter untuk Kurangkan Risiko Cedera

SUMBER: Motorcycle

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, hibrid, Kawasaki, Motosikal Hibrid, paten, paten Kawasaki, paten motor hibrid, roda2, Sportbike Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my