• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha M1 Kini Guna Minyak Petronas Sepenuhnya, Terbukti Tingkatkan Prestasi

Yamaha M1 Kini Guna Minyak Petronas Sepenuhnya, Terbukti Tingkatkan Prestasi

July 9, 2019 By Aryon Leave a Comment

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Formula Satu (F1), Kejuaraan MotoGP ialah projek terbaharu Petronas dalam sukan permotoran antarabangsa. Walaupun ini bukan kali pertama konglomerat Malaysia itu terlibat dalam perlumbaan motosikal, tetapi dalam saingan kelas atasan dua roda, MotoGP ialah sesuatu yang sangat baharu.

Namun, penglibatan Petronas bukan sekadar sebagai penaja untuk pasukan satelit Yamaha itu, tetapi turut membantu meningkatkan prestasi jentera M1 menerusi penghasilkan bendalir terbaik. Ini dibuktikan menerusi aksi memberangsangkan ditunjukkan duo pelumbanya, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Malah Quartararo berjaya meraih grid depan dan podium pertama buat pasukan itu ketika debut di Assen, Belanda. Dan sememangnya Petronas memainkan peranan besar dalam peningkatan prestasi jentera M1 yang ditunggang.

BACA >>> Rossi Tak Terkejut Sangat Quartararo Boleh Dapat Petak Pertama di Jerez

Aksi GP Belanda ialah kali pertama pasukan Petronas Yamaha SRT menggunakan minyak enjin Petronas Sprinta bersama minyak gear Petronas Tutela yang sudah digunakan sejak awal kejuaraan di Qatar.

Tetapi kenapa Petronas memperkenalkan minyak gear terlebih dulu berbanding minyak enjin?

KESELAMATAN DULU, BARU PRESTASI

DR ANDREA DOLFI

Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Solusi Teknologi Bendalir Petronas, Dr Andrea Dolfi berkata, minyak gear diperkenalkan terlebih dulu kerana produk paling dititikberatkan Petronas

"Kotak gear sangat penting bagi keselamatan pelumba. Jika sesuatu rosak, ia boleh tersekat atau pecah, dan pelumba boleh kemalangan pada kelajuan 300kmj. Jadi ia penting dan menjadi tugasan nombor satu.

"Dalam F1, jika anda rosakkan kotak gear, anda cuma perlu berhenti di tepi, tetapi ini tidak dalam MotoGP. Jadi keselamatan dulu, baru prestasi. Kemudian kami mula dengan minyak enjin dan kali ini bukan saja untuk prestasi, tapi juga reliabiliti," katanya.

SETIAP PASUKAN DIHADKAN GUNA MAKSIMUM 7 ENJIN

Dalam kejuaraan MotoGP, setiap pelumba dihadkan menukar maksimum tujuh enjin sahaja dalam 19 pusingan sepanjang musim. Walaupun satu saja enjin gagal, itu sudah cukup membimbangkan pasukan. Ini kerana enjin ganti perlu digunakan lebih lama.

"Reliabiliti sangat penting kerana tak guna pergi laju dan ada banyak kuasa kalau enjin rosak atau gagal tamatkan perlumbaan. Tiada masalah untuk menala enjin supaya berprestasi, tetapi enjin juga perlu dilindungi.

"Langkah seterusnya ialah pergi lebih jauh dari segi perkongsian dan melakukan pembangunan untuk apa yang dipanggil kejuruteraan bersama. Apa kami pelajari dari F1 ialah jika kita dapat maju bersama, kita boleh peroleh prestasi terbaik daripada kombinas besi dan kimia," kata Dolfi lagi.

Jentera M1 ditunggang Quartararo kini cuma tinggal 5 enjin saja untuk digunakan sepanjang musim ini. Jadi, bantuan daripada Petronas memang sangat membantu.

SUMBER: Crash.net

Related

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, minyak enjin, Minyak Gear, MotoGP 2019, Pasukan Satelit Yamaha, Petronas, Petronas Sprinta, Petronas Tutela, Petronas Yamaha SRT, Yamaha MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev