• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda Vario 150 yang Merelit Lit Lit dan Rim Saiz Besar

#BikinMotor: Honda Vario 150 yang Merelit Lit Lit dan Rim Saiz Besar

July 4, 2019 By Aryon 1 Comment

737
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODIFIKASI kapcai sudah selalu kita lihat di Malaysia, tetapi jarang sekali untuk skuter. Selalunya modifikasi skuter lebih kepada ubah suai kosmetik, atau tuning ekzos.

Tetapi kali ini kami siarkan satu modifikasi skuter ekstrem dari Vietnam, iaitu model Honda Vario 150 yang bukan saja berubah warna luaran, tetapi juga beberapa komponen utama.

Dengan warna bitu berkilat, penampilan skuter ini nampak begitu menyengat. Kena pula dengan latar belakang warna hijau yang kelihatan pohon kelapa dari kejauhan. Memang membangkitkan rupa skuter yang cukup memberahikan. Terima kasih kepada fotografer (eh?).

BACA >>> Honda Vario vs Yamaha NVX: Perbandingan Awal Skuter Sporty 150cc

Pemilik menggunakan dua kombinasi warna sebagai kemasan utama, iaitu biru dan hitam. Perincian dibuat cukup teliti dan kontras warna nampak sepadan. Lihatlah nat brek cakera, bar hendal dan penutup lubang skru cermin sisi, termasuk juga pelekat jenama ekzos! Semuanya biru. Ini jelas menunjukkan tuan Vario 150 ini bukan sesuka hati hendak memilih warna. Segalanya dirancang rapi.

Dan ada beberapa sentuhan warna merah yang menyerlahkan lagi keseksian skuter ini, iaitu warna absorber belakang dan penutup tiub tayar.

Brek cakera depan menggunakan jenama Galfer bersaiz 260mm yang dihiasai bolt Gr5 kebiruan. Suspensi belakang menggunakan tangki damper YSS yang boleh dipasangkan terus tanpa sebarang ubah suai bentuk asal. Enjin juga diubah suai untuk lebih prestasi dan menghasilkan deruman ekzos lebih buas.

Modifikasi paling menjolok mata sudah tentu pada bahagian rim dan tayar yang diubah saiz daripada 14 inci kepada 17 inci. Ini memberikan saiz badan lebih tinggi, lebih kompak dan sudah tentu lebih laju sebab ringan. Stabil atau tidak itu belum tahu.

BACA >>> Honda Vario 150 Kini di Malaysia, Harga Bermula RM7,199 - Mampukah Cabar Yamaha NVX 155?

GALERI

SUMBER: 2banh.vn

Related

737
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Honda Vario 150, Modifikasi, Modifikasi Vietnam, roda2, skuter, ubah suai, Vietnam

Comments

  1. Rosham says

    November 12, 2020 at 10:49 PM

    Kenapa vario tidak guna absorber belakang kiri kanan sama dengan nvx atau 1 di tengah tengah seperti rs 150. Rasa macam tunggang motor tak stabil

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev