• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GKUI19: Sistem Infotainment Pintar Paling Pantas Ini Mungkin Ada untuk Proton X70 CKD?

GKUI19: Sistem Infotainment Pintar Paling Pantas Ini Mungkin Ada untuk Proton X70 CKD?

July 4, 2019 By Han Othman Leave a Comment

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY memperkenalkan cipset E-Series pada majlis pelancaran GKUI19,  iaitu sistem infotainment dinaik taraf yang dibangunkan pengeluar itu dengan subsidiari ECARX. Pelancaran itu dibuat pada majlis pengenalan Geely Boyue PRO, iaitu model pertama yang akan menggunakan sistem baharu tersebut.

Cipset E-series ialah sistem-atas-cip (System-on-Chip, SoC) yang dibangunkan ECARX bersama syarikat semikonduktor, MediaTek, dan dibina khas untuk kenderaan yang memiliki ciri konektiviti pintar.

gkui19-geely-4
gkui19-geely-1
gkui19-geely-3

Cip pertama dibangunkan ECARX secara independen ialah E01 SoC yang menggunakan unit pemprosesan pusat (CPU) empat-teras (quadcore) 64-bit kelajuan tinggi, dan unit pemprosesan grafik (GPU) yang menyokong paparan dwi skrin 1080p definisi tinggi (HD), termasuk modem 4G. Ini memberikan sambungan dan hantaran kandungan yang lebih lancar.

Malah, ECARX merancang menghasilkan E02 SoC, iaitu cipset versi lebih berkuasa dengan 8-teras (8-core) dan unit pemprosesan neural (NPU) independen yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton GKUI - Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

EKOSISTEM PINTAR GEELY

Sejak dilancarkan pada 2018, GKUI (Geely Smart Ecosystem) kini sudah mengumpul lebih 1 juta pengguna aktif, dan dipasangkan pada lebih 22 model Geely. Malah dikatakan sistem konektiviti pintar paling pantas dalam industri automotif setaka ini.

Dengan tambahan cipset E-series baharu, GKUI19 kini menambah baik keupayaan ciri kepintaran buatan (AI) untuk sistem berkenaan menerusi naik taraf seperti berikut:

  • Awan (cloud) GKUI dinaik taraf kepada awan AI.
  • GKUI pada telefon pintar dinaik taraf kepada desktop pintar dengan menggunakan fungsi AI mengikut keperluan pengguna
  • GKUI One-ID dinaik taraf kepada ID pelbagai guna dengan sokongan untuk pelbagai ekosistem aplikasi berbeza daripada rakan eko GKUI
  • Ekosistem GKUI dinaik taraf dengan platform pemaju untuk integrasi lebih meluas di Internet.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

xiaomi-logo
jd.com-logo
baidu-logo

GKUI kini mampu menghubungkan produk Xiaomi, Baidu, JD.com dan peranti pintar lain dengan mudah yang membolehkan pengguna mengawal perkakasan kediaman atau pejabat dari kereta mereka.

GKUI19 juga mampu memenuhi keperluan mobiliti pengguna menerusi ciri aplikasi e-hailing, CaoCao Mobility. Pada masa depan, kenderaan yang dilengkapkan GKUI boleh menawarkan perkhidmatan e-hailing menerusi kereta masing-masing menggunakan aplikasi tersebut.

Adakah Proton X70 versi CKD akan dilengkapkan GKUI19 ini? Mungkinkah ini kejutan dimaksudkan seperti diuar-uarkan Proton sebelum ini?

BACA >>> #Videotomotif: Penunggang, Pembonceng GrabBike Berdekah Ketawa Kerana Wajah Sama

GALERI

SUMBER: GlobalGeely

Related

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CaoCao Mobility, Cipset E-Series, ECARX, Geely, Geely Auto, Geely Boyue PRO, Geely Global, GKUI19, infotainment, MediaTek, Perisian Infotainment, Proton X70, Sistem Infotainment, System-on-Chip (SoC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev