• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda e Janjikan Pemanduan Seronok dengan Sistem RWD dan Tork 300Nm!

Honda e Janjikan Pemanduan Seronok dengan Sistem RWD dan Tork 300Nm!

July 4, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

436
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

GELOMBANG Honda e sebagai kereta elektrik (EV) pertama Honda kini semakin panas didebatkan apabila lebih banyak maklumat didedahkan secara rasmi.

Terbaharu, Honda mendakwa motor elektrik berkuasa tinggi Honda e mampu menghamburkan kuasa 148hp (110 kW) dengan tork 300Nm. Ini angka yang tinggi buat model hatchback kompak, manakala bateri berkuasa 35.5kWh dikatakan  paling kompak dalam kelas.

Bateri tersebut mempunyai keupayaan pengecasan pantas hingga 80 peratus dalam masa 30 minit dengan jarak perjalanan lebih 200km. Jarak tersebut tidaklah terlalu jauh bagi sebuah EV, tetapi memadai untuk perjalanan dalam bandar.

PACUAN RODA BELAKANG

Honda e bukan setakat kereta mesra alam, malah pasukan jurutera Honda memberikan perhatian khas dalam aspek dinamik pemanduan supaya pemandu dapat merasai pengalaman memandu yang menyeronokkan. Kereta elektrik ini juga dibikin untuk lebih stabil dan mempunyai pengendalian yang baik dengan nisbah kuasa dan berat 50:50. Saiz kereta lebar, tetapi kompak, manakala overhang depan dan belakang direka pendek.

Mungkin ada tidak tahu yang Honda e dibina atas platform pacuan roda belakang (RWD). Nikmat pemanduan RWD diserlahkan dengan sistem suspensi independan McPherson untuk roda depan dan belakang, sekali gus menjadikan model ini seronok dipandu.

BACA >>> Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi

Sistem konvesional itu dipadankan dengan teknologi canggih seperti Kawalan Pedal Tunggal (Single Pedal Control, SPC) yang membolehkan pemandu meningkatkan dan memperlahankan halaju semudah menekan pedal minyak. Pedal berfungsi seperti biasa, apabila ditekan dan dilepaskan, sistem brek regeneratif automatik akan mengambil alih dan memperlahankan kereta.

Teknologi SPC mampu menawarkan pemanduan cekap dan menjimatkan buat pemandu bandar, termasuk mengurangkan penggunaan satu lagi pedal. Malah, Honda nampaknya seperti serius mahukan kereta ini seronok dipandu apabila melengkapkan kereta elektrik dengan ciri mod Sport untuk prestasi terbaik.

Walaupun karakter sporty Honda e mengujakan, tetapi ia dibina khas untuk pasaran Eropah sahaja. Ramai mengharapkan Honda dapat menimbangkan hasrat untuk menawarkan Honda e ke pasaran Asia, termasuk Malaysia.

Sebagai rujukan EV global yang pernah dilancarkan di pasaran tempatan ialah Mitsubishi i-MiEV, Nissan LEAF dan Renault ZOE.

BACA >>> Honda Brio Lancar di Vietnam Sebagai Model Import, Mampukah Saingi Vinfast Fadil?

GALERI

Related

436
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, hatchback, Honda, Honda E, Kawalan Pedal Tunggal (SPC), kereta elektrik, Pacuan Roda Belakang (RWD), Roda4, RWD, Single Pedal Control (SPC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev