BERITA pelancaran Ducati Panigale V4 R di Malaysia mula dihebohkan media permotoran Vietnam yang menjangka model perdana itu akan menyusul tidak lama lagi. Malah Ducati Vietnam dilaporkan sudah membuka tempahan untuk superbike tersebut.
Panigale V4 R mula dilancarkan pada September 2018 sebagai model prestasi tinggi yang dipertingkat daripada Panigale V4, dilancarkan setahun lebih awal. Panigale V4 R juga menjadi produk komersial Ducati paling berkuasa setakat ini.
BACA >>> Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia
Bukan hanya sebagai versi komersial dalam Kejuaraan Superbike Dunia (World SBK), Panigale V4 R dilengkapkan dua winglet sisi daripada material karbon, sama seperti rekabentuk jentera Desmosedici GP dalam Kejuaraan MotoGP.
Panigale V4 R juga jentera komersial Ducati pertama, dan model superbike pertama dunia yang memiliki winglet sisi selepas Aprilia RSV4 RF LE. Selain memberikan wajah agresif, winglet berkenaan juga mampu meningkatkan daya tekanan udara ketika memecut laju, termasuk mengekalkan kestabilan jentera.
Rekabentuk badan juga ditambah baik dengan sirip angin di kedua-dua sisi yang juga diilhamkan daripada jentera MotoGP, bertujuan menyalurkan angin ke bahagian dalaman enjin untuk mengurangkan bahang, sekali gus meningkatkan kecekapan jentera.
BACA >>> Ducati Panigale V4 Nicky Hayden - Sempena Tribut Jentera Lumba Desmosedici GP12
Di pasaran Amerika Syarikat (AS), Ducati cuma menjual 500 unit Panigale V4 R pada harga AS$45,600 (RM188,700). Di Vietnam pula, beberapa sumber mendakwa model tersebut akan dijual pada harga lebih 2 bilion dong (RM356,000) dalam versi import sepenuhnya.
Wow!
Leave a Reply