• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berjalan Sambil Guna Telefon Boleh Kena Saman di Filipina!

Berjalan Sambil Guna Telefon Boleh Kena Saman di Filipina!

July 2, 2019 By Azhan O Leave a Comment

409
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEJALAN kaki boleh dikenakan kompaun jika menggunakan telefon sambil berjalan, menurut Akta Anti-Gangguan Memandu dalam undang-undang jalan raya yang bakal dikuatkuasakan di Filipina dalam masa terdekat ini.

Majlis Bandaraya Baguio di utara Luzon, Filipina meluluskan bacaan ketiga dan terakhir untuk ordinan larangan penggunaan peranti mobil dan peranti seumpamanya untuk pejalan kaki ketika menyeberang jalan atau berjalan di kaki lima.

Peraturan baharu itu bakal dikuatkuasakan selepas mendapati kecenderungan pejalan kaki untuk tidak mempedulikan keadaan sekeliling ketika menggunakan telefon pintar sambil berjalan hingga mendedahkan diri mereka kepada risiko kemalangan.

BACA >>> Filipina Rancang Mahu Saman Penunggang Motosikal Pakai Seluar Pendek

HALANG PERGERAKAN PEJALAN KAKI LAIN

96164309 - woman using mobile phone at outdoor
guna-telefon-pintar-sambil-berjalan-2
TOPSHOT-SWEDEN-TRAFFIC-SMARTPHONES

Penggunaan telefon pintar juga didapati memperlahankan tempo gerakan kaki yang mengganggu pejalan kaki lain di kaki lima. Penguatkuasaan peraturan ini turut disokong beberapa insiden membabitkan pejalan kaki yang kemalangan ketika sedang menghantar mesej, bercakap di telefon atau mendengar muzik, sekali gus mencetuskan kebimbangan umum tentang keselamatan jalan raya di bandar tersebut.

Selain peranti elektronik, ordinan berkenaan juga melarang pengguna membaca apa saja bahan bacaan ketika melintas laluan pejalan kaki, atau berjalan di kaki lima.

BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz

Mereka yang didapati melanggar undang-undang tersebut buat kali pertama akan diberikan amaran pertama sebelum didenda 1,000 peso (RM80) untuk  kesalahan sama buat kali kedua. Jika kali ketiga masih melakukan perkara sama, jumlah dendah meningkat kepada 2,000 peso (RM160), dan 2,500 peso (RM202) dengan khidmat masyarakat, atau hukuman penjara 11-30 hari untuk kesalahan keempat dan seterusnya.

Draf akhir ordinan akan diserahkan kepada Pejabat Datuk Bandar untuk kelulusan sebelum dikuatkuasakan.

Bandar Baguio ialah bandar pertama di Filipina yang akan melaksanakan ordinan seperti itu untuk pejalan kaki. Ia mungkin agak ekstrem, tetapi ordinan sama pernah difailkan Senator New York, John Liu pada Mei tahun ini yang melarang pejalan kaki menggunakan telefon pintar sambil berjalan.

SUMBER: Motopinas

Related

409
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Filipina, Larangan Guna Telefon Sambil Berjalan, Pejalan Kaki, Undang-Undang Filipina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev