• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Perkenal C-HR, IZOA Versi Elektrik Sepenuhnya untuk Pasaran China

Toyota Perkenal C-HR, IZOA Versi Elektrik Sepenuhnya untuk Pasaran China

July 1, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA diperhatikan, kini ada dua jenis trenkuasa popular di China, enjin kecil berkuasa turbo dan elektrik-bateri.

Enjin kecil berkuasa turbo ialah untuk keperluan semasa, manakala elektrik-bateri pula lebih kepada persiapan trend automobil masa depan. China kini sudah bergerak ke arah penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan ini perkara paling munasabah untuk dilakukan memandangkan jualan kenderaan di sana mencecah angka 25 juta unit setahun!

Bayangkan ada berpuluh-puluh juta kenderaan melepaskan asap berbahaya dari corong ekzos masing-masing. Jadi, kenderaan elektrik-bateri (BEV) ialah penyelesaiannya.

BACA >>> Toyota, Subaru Jalin Kerjasama Hasilkan Platform EV, Crossover Akan Jadi Model Pertama

Dibantu inisiatif dan dasar kerajaan, pengeluar di China kini giat menghasilkan BEV, dan boleh dikatakan lebih ke depan berbanding negara-negara Eropah. Menariknya, produk BEV buatan China mampu menawarkan harga yang lebih mesra pengguna.

2 MODEL BEV UNTUK PASARAN CHINA

Pada masa sama, pengeluar ternama Jepun seperti Toyota dan Honda turut sama mahu terlibat dalam pasaran China. Toyota misalnya mengambil langkah pertama memperkenalkan dua model BEV serentak untuk pasaran China: C-HR dan IZOA.

Dua model itu ialah BEV pertama bawah jenama Toyota yang dilancarkan di China, dan akan mula dijual bermula 2020. C-HR dan IZOA BEV ialah model sama, cuma dijual dua pengedar berbeza, FAE dan FAW Toyota berikutan kerjasama kedua-dua syarikat itu dengan Toyota Jepun.

Toyota tidak memperincikan butiran teknikal seperti jarak perjalanan, jenis bateri dan tempoh mengecas C-HR dan IZOA. Namun standard jarak perjalanan untuk BEV penumpang yang dicas penuh di China ialah lebih 300km.

Bermula pengenalan C-HR dan IZOA di China, Toyota turut merancang melancarkan lebih 10 model BEV di peringkat antarabangsa menjelang penggal pertama tahun depan. Pelan itu bertujuan mempopularkan BEV dengan sasaran jualan EV global lebih 5.5 juta unit menjelang 2030.

Walaupun Toyota masih baharu dalam bidang BEV, syarikat ternama Jepun itu mempunyai banyak pengalaman dalam pemasaran EV. Setakat Februari 2019, Toyota menjual hampir 13 juta unit EV peringkat global sejak memperkenalkan Prius pada 1997.

BACA >>> Toyota GR Supra Lancar di Jepun, Harga Bermula RM186k untuk Varian 2.0L Turbo!

GALERI

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BEV, EV, FAW Toyota, GAC Toyota, Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), Toyota, Toyota C-HR, Toyota IZOA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my