• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Premium Serba Mewah, DS7 Crossback Kembali di Malaysia, Harga RM200k

SUV Premium Serba Mewah, DS7 Crossback Kembali di Malaysia, Harga RM200k

June 28, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

440
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Euro Motors Sdn Bhd memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium, DS7 Crossback dengan rekabentuk signatur gaya Perancis yang dipadankan material, kehalusan buatan mewah dan inovasi teknologi tertinggi.

ENJIN 1.6 TURBO

DS7 Crossback dijana enjin petrol 4-silinder 1.6L THP berkuasa 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm dengan padanan transmisi automatik 6-kelajuan (EAT6) bersama ciri baharu Kawalan Kotak Gear Auto Impuls dan pedal syif. Kelajuan maksimum mampu mencapai 200kmj.

BACA >>> Bukan Limosin, Presiden Perancis Baharu Naik Crossover Sebagai Kereta Rasmi

GAYA MEWAH PERANCIS

DS sentiasa menitik beratkan perincian gaya signatur untuk rekabentuk luaran atau dalaman. Dari papan pemuka hingga panel pintu, dan dari konsol ke kerusi diberikan sentuhan dan fiil yang sama. Penampilan muskular dan elegan bahagian depan diserlahkan menerusi sentuhan krom melintang DS Wing.

Ada gril hitam berkilat dengan efek berlian bersama lencana DS. Sistem suluhan lampu DS Active LED Vision yang lebar menawarkan 5 mod pencahayaan berbeza: bandar, luar bandar, lebuh raya, cuaca dan lampu tinggi. Modul LED daripada sistem itu  akan berubah keunguan apabila kunci pintu DS7 dibuka, sebelum berputar 180º secara berperingkat untuk kesan visual hipnosis.

BACA >>> Citroën Perkenal Cermin Mata Anti-Mabuk Kenderaan, Harga €99 (RM466) Sahaja

Lampu belakang DS7 Crossback daripada jenis LED 3D penuh dengan kemasan efek skala tiga dimensi (3D) dan tekstur hitam. Melengkapkan penampilan itu ialah rim aloi 19 inci Onyx hitam yang dibalut tayar 235/50 .

KABIN AVANT-GARDE

Tema avant-garde diteruskan pada bahagian kabin DS7 Crossback seperti mana sebelumnya. Skrin sentuh 8 inci diletakkan di tengah papan pemuka dengan paparan antara muka multimedia DS Connect, bersama ciri pengecas wayarles dan sambungan Apple CarPlay, Android Auto dan Mirrorlink. Bersama unit infotainment ialah kluster instrumen digital 12.3 inci.

Kemasan Performance Line diwakili warna ‘Basalt Black’ corak Alcantara bersama jahitan atas Carmine/Gold. Ciri mewah kabin dapat dilihat menerusi pedal aluminium dan stereng, hendal pintu dan bahagian tengah yang dibaluti kulit.

Tombol konsol tengah disadur kemasan krom supaya mudah dilihat, manakala pilihan sistem audio FOCAL Electra® HiFi dengan 14 pembesar suara membuatkan alunan muzik kedengaran cukup lunak dan enak di telinga seperti melayan orkesta di panggung teater.

BACA >>> DS Store Serba Mewah Dibuka di Petaling Jaya, Pertama di Malaysia dan Asia Tenggara!

CIRI KESELAMATAN

Dengan rating 5-bintang EuroNCAP, DS7 Crossback dilengkapkan segudang ciri keselamatan tinggi, terdiri daripada:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Regulasi Anti-Gelincir (ASR)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Amaran Perhatian Pemandu
  • 6 beg udara
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX

4 PILIHAN WARNA

Citroen DS7 Crossback_5
Citroen DS7 Crossback_35
Citroen DS7 Crossback_6

DS7 Crossback ditawarkan dalam warna hitam, putih mutiara, merah dan kelabu pada harga RM199,888 (tanpa insurans). Demi ketenangan minda, Naza Euro Motors menawarkan waranti 5 tahun atau hingga 120,000km (mana satu tiba terdahulu), 5 tahun bantuan jalanan 24 jam dan akses eksklusif  SkyLounge di Subang Skypark.

BACA >>> Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

GALERI

 

Related

440
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Citroen DS, DS, DS 3 CROSSBACK, DS7, DS7 Crossback, NAZA Euro Motors Sdn Bhd, SUV, SUV Baharu, SUV Crossback, SUV premium

Comments

  1. Afif says

    June 3, 2023 at 11:09 AM

    Bang. Mcmna saya nk dapatkan kereta DS7 ni ya?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev