• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moto Guzzi V85TT - Enduro Klasik Kini Ada untuk Peminat Malaysia, Harga Mula RM78k

Moto Guzzi V85TT - Enduro Klasik Kini Ada untuk Peminat Malaysia, Harga Mula RM78k

June 28, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTO Guzzi Malaysia memperkenalkan moel enduro klasik pertama, V85TT. Jentera seberat 208kg ini dibangunkan khas buat mereka yang berminat dengan aktiviti lasak ala Rali Dakar.

Bagaimanapun, V85TT bukan sekadar untuk kegunaan off-road, tetapi selesa ditunggang untuk kegunaan biasa dengan dua pilihan varian: Standard dan Premium. 

ENJIN V-TWIN 90º

V85TT dijana enjin baharu bersesaran 853cc V-Twin 90º berkuasa 80hp @ 7750rpm dan tork 80Nm @ 5,000rpm dengan teknologi suntikan bahan api dan transmisi klac manual 6-kelajuan. Penggunaan aci engkol dan rod piston baharu menyumbang kepada pengurangan berat badan hingga 30 peratus, manakala blok enjin lebih kecil meningkatkan kelajuan respons terotel selain mengurangkan gegaran.

Kapasiti tangki minyak 23 liter memberikan tunggangan sejauh 400km. 

BACA >>> #Spyshot: Moto Guzzi V85 Dikesan dengan Rekabentuk dan Enjin Serba Baharu

ADA 3 MOD TUNGGANGAN

Moto Guzzi V 855TT_13
Moto Guzzi V 855TT_12
Moto Guzzi V 855TT_6

Bagi keseronokan tunggangan maksimum, Moto Guzzi melengkapkan jentera enduro ini dengan segudang ciri terkini. Ada tiga mod tunggangan disediakan: Road, Rain dan Off Road.

Setiap mod yang dipilih mengubah talaan pemetaan enjin dan kalibrasi Kawalan Traksi MGCT (boleh dinyahaktif), termasuk tetapan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan respons throttle-by-wire berbeza. V 85TT turut didatangkan dengan Kawalan Jelajah untuk tunggangan santai di lebuh raya dengan hanya menekan butang untuk memperlahankan atau meningkatkan halaju motosikal.

CIRI PERALATAN

Moto Guzzi V 855TT_4
Moto Guzzi V 855TT_23
Moto Guzzi V 855TT_16

V85TT dilengkapi kluster instrumen digital TFT dengan warna latar dan karakter dapat disesuaikan mengikut situasi pencahayan berbeza menerusi sensor terbina dalam. Kluster instrumen memaparkan spidometer klasik, takometer dan odometer, termasuk jam, indikator gear dan kondisi suhu semasa.

Turut tersedia ialah dua palam USB yang diletakkan pada bahagian meter dan bawah pelana untuk kemudahan mengecas. Lampu LED depan berfungsi sebagai lampu suluh tinggi dan rendah bersama lampu siang (DRL) automatik yang memantulkan logo 'helang' Moto Guzzi.

Lampu belakang juga bercirikan LED dengan karakter 3D tersendiri, dan tidak ketinggalan lampu signal LED didatangkan dengan sistem nyahaktif automatik.

BACA >>> 5 Fakta Tentang BMW F 850 GS (2019) yang Perlu Anda Tahu

Moto Guzzi menawarkan platform multimedia Moto Guzzi MIA dengan konektiviti telefon pintar untuk motosikal. Sistem operasi itu membolehkan penunggang menerima panggilan telefon dan memainkan muzik menerusi interkom helmet. Juga buat kali pertama disediakan fungsi navigasi.

TIGA PAKEJ AKSESORI

Moto Guzzi V 855TT_15
Moto Guzzi V 855TT_14
Moto Guzzi V 855TT_7

V85TT didatangkan dengan tiga pilihan pek aksesori:

  • Pek Touring (Base dan Plus): Kotak sisi aluminium 1.5mm (33 liter - kiri, 39 liter - kanan); Kotak aluminium 41 liter 1.5mm; Visor pengadang angin kembara; Lampu LED tambahan; Bar tubular pelindung enjin; Tongkat tengah; Moto Guzzi MIA.
  • Pek Sport Adventure: Ekzos Moto Guzzi; Bar tubular pelindung enjin; Cermin sisi boleh lipat; Absorber Öhlins.
  • Pek Urban: Kotak sisi urban aluminium; Moto Guzzi MIA; Tongkat tengah; Sistem Anti-Kecurian Elektronik.

Moto Guzzi Malaysia turut menawarkan aksesori tambahan V85TT seperti frem cabut pantas, perlindungan aci pacu @ driveshaft, beg tangki minyak, pelana lebih selesa, gad lumpur, tuil brek dan klac, gad tangki minyak, pedal cengkaman brek dan tayar advencer sport (Michelin Anakee Adventure). 

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 3] - Adventure Touring

HARGA DAN VARIAN

V85TT yang diimport dari Itali ini didatangkan dalam dua pilihan varian dengan harga:

  • V 85TT - RM79, 888 (harga pengenalan bagi unit terhad) sebelum dijual pada harga sebenar RM87,888
  • V 85TT (dengan grafik Evocative)- RM89,888
GALERI

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Enduro Klasik, Guzzi V 85TT, Moto Guzzi, Moto Guzzi Malaysia, Moto Guzzi V85TT, motor enduro, roda2, touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev