• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Puma (2020) - SUV Kecil 1.0L dengan Ciri Keselamatan Tinggi

Ford Puma (2020) - SUV Kecil 1.0L dengan Ciri Keselamatan Tinggi

June 27, 2019 By Han Othman Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS 17 tahun tidak muncul, Ford Puma kini kembali dan kali ini bukan lagi sebagai coupé, tetapi dalam bentuk kenderaan utiliti sukan (SUV).

Puma (2020) tampil dalam bentuk badan kompak dan kecil. Walaupun tiada ukuran dimensi didedahkan Ford, SUV ini nampak seperti hanya sedikit besar daripada hatchback Fiesta dengan rekabentuk berbeza bagi menyokong posisi pemanduan yang lebih tegak dan tinggi.

Menurut Ford, Puma (2020) akan diselitkan antara EcoSport (segmen-B) dan Kuga (segmen C) dalam famili.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Ford Kuga (2019) Serba Baharu dengan Bahasa Rekabentuk Unik

Foto awal didedahkan ialah varian ST-Line dengan ciri lampu utama LED, termasuk lampu belakang. Rupa depan Puma (2020) menyerlahkan gril hitam besar yang sekali imbas ada iras rekabentuk tipikal kenderaan Porsche.

SUV ini dipacu dua enjin hibrid kecil yang dipadankan enjin EcoBoost 3-silinder 1.0L pengecasturbo dengan motor elektrik. Prestasi model asas mampu menghasilkan kuasa 123hp, manakala model premium berkuasa 152hp. Kedua-dua enjin didatangkan standard dengan transmisi manual 6-kelajuan, dan ada kemungkinan kotak gear automatik turut ditawarkan walaupun tidak dimaklumkan Ford. Angka ekonomi bahan api juga tidak diumumkan.

Walaupun berenjin kecil, Puma (2020) dilengkapkan ciri keselamatan penting seperti Bantuan Pra-Perlanggaran (PCA) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), bantuan parkir semi-autonomi dan bantuan stereng kecemasan, serta Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

BACA >>> Ford EcoSport Sudah Boleh Ditempah - Harga Sekitar RM95,888 - RM104,888

Ruang kabin terpampang kluster tolok digital 12.3 inci sebagai ciri standard yang boleh dikustomkan mengikut keperluan pemandu. Turut disediakan unit infotainment di konsol tengah dan lengkap dengan sistem Ford SYNC 3 yang memuatkan sokongan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay.

Menambahkan kualiti bunyi kabin Puma (2020) ialah 10 pembesar suara B&O. Ciri lain disediakan ialah but elektrik bebas tangan, rak parsel belakang adaptif, dan storan tersembunyi.

Puma (2020) bakal ditayangkan kepada umum pada Pameran Auto Frankfurt, September ini.

BACA >>> #RangerRajaPikap: 10 Sebab Kenapa Mesti Pilih Ford Ranger XLT Plus!

GALERI

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Ford, Ford Puma (2020), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev