• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Chevrolet Kini Boleh Pesan Pizza Guna Aplikasi Skrin Sentuh dalam Kereta

Pemandu Chevrolet Kini Boleh Pesan Pizza Guna Aplikasi Skrin Sentuh dalam Kereta

June 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU Chevrolet di Amerika kini boleh memesan pizza Domino's menerusi platform Marketplace dengan menggunakan paparan skrin sentuh kereta jenama itu.

Dengan Marketplace, pemilik boleh memilih sama ada menyimpan pesanan atau membuat pesanan terus menggunakan profail Domino's Pizza sendiri. Selepas pesanan dibuat, pizza boleh diambil di premis Domino's Pizza atau meminta dihantar terus ke rumah.

Chevrolet Marketplace ialah platform bebas yang boleh diakses daripada telefon bimbit pengguna dan selamat untuk digunakan. Ia juga aplikasi mobil pertama yang menawarkan tempahan pizza dalam dunia automotif.

BACA >>> Ford Jalin Kerjasama dengan Domino's, Bekalkan Kereta Pandu Sendiri untuk Hantar Pizza

Menurut Ketua Bisnes Chevrolet Marketplace, Scott Godddard;

“Domino’s sudah sekian lama menawarkan pilihan pesanan inovatif dan penghantaran buat penggemar pizza. Pada masa sama, Chevrolet meletakkan teknologi pada tempat yang membolehkan kami menambah keupayaan pada kenderaan sedia ada atas jalan, seperti kemampuan untuk pemandu kami memesan pizza menerusi skrin sentuh.

"Penyelesaian baharu ini ialah kolaborasi semula jadi yang boleh dinikmati pemandu Chevy dan penggemar pizza."

Jika mahu memesan pizza menggunakan Marketplace, pemilik perlu terlebih dulu mewujudkan Profil Pizza dengan Domino's sama ada secara atas talian atau terus menggunakan aplikasi mereka. Selepas itu, pesanan kegemaran boleh disimpan dan boleh dihantar semudah menekan butang on-demand.

Aplikasi Marketplace kini siap dimuatturunkan pada model Chevrolet 2017 dan ke atas, termasuk model jenam lain seperti Buick, GMC dan Cadillac.

Di Amerika saja tau. Harap maklum.

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Chevrolet, Chevrolet MarketPlace, Domino's Pizza, Marketplace, Pesan Pizza, pizza, Scott Godddard

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev