• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Malaysia Mahu Pecah Rekod Perhimpunan Beetle Terbesar 13 Julai Ini

Volkswagen Malaysia Mahu Pecah Rekod Perhimpunan Beetle Terbesar 13 Julai Ini

June 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan acara 'Beetle, An Iconic Gathering' pada 13 Julai depan. Semua pemilik Beetle dijemput untuk memeriahkan acara dan meraikan model legenda klasik Volkswagen itu.

Lokasi acara akan berlangsung di kawasan parkir terbuka Istana Kehakiman, Putrajaya. VPCM turut mensasarkan memecahkan rekod sedia ada sebagai perhimpunan Volkswagen Beetle terbesar Malaysia. Jadi, semua pemilik model klasik dan Beetle dijemput untuk turut serta merealisasikan usaha tersebut.

Sambutan akan dimulakan dengan konvoi Beetle Sunshine Tour, melibatkan 100 unit Beetle yang bermula di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Konvoi akan melalui laluan Segi Tiga Emas sebelum bergerak ke Putrajaya.

BACA >>> Volkswagen Beetle Generasi Baharu Mungkin Muncul Sebagai EV

Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport

Kepada pemilik Beetle yang berminat bolehlah mendaftar di laman web Volkswagen. Penyertaan adalah percuma dan butiran acara akan diberikan ketika pendaftaran dalam talian dibuat. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan daripada Volkswagen.

BACA >>> Volkswagen Ajak Pelanggan Rai Ulang Tahun Beetle ke-80

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: An Iconic Gathering, Auto Terkini, beetle, beetle ikonik, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my