• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemena Auto Buka Pusat 3S Honda di Bintulu, Sarawak

Kemena Auto Buka Pusat 3S Honda di Bintulu, Sarawak

June 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELANGGAN Honda di Bintulu, Sarawak kini boleh menikmati perkhidmatab selepas jualan lebih baik dan mendapat akses mudah untuk kenderaan Honda mereka menerusi pembukaan Pusat 3S (jualan, alat ganti, servis) baharu. Dikendalikan Kemena Auto Sdn Bhd (Kemena Auto), Pusat 3S itu dibina atas tapak berkeluasan 43,560 kaki persegi dengan jumlah pelaburan bernilai RM11 juta.

Honda Kemena Auto dlengkapi kemudahan terkini mengikut standard Honda, terdiri daripada enam ruang servis, tiga ruang penyenggaraan asas dan satu ruang servis yang boleh menempatkan 40 kenderaan pada satu-satu masa. Ketika menunggu kereta diservis, pelanggan disediakan kemudahan WiFi, ruangan kanak-kanak, surau dan makanan/minuman percuma.

BACA >>> Pusat 3S Honda SYK RW Motor Terbesar di Sarawak Kini Dibuka

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati servis mencuci kereta, dan memperbaharui cukai jalan, termasuk insurans. Pembukaan Pusat 3S  ini mengukuhkan lagi rangkaian 13 wakil jualan Honda di Malaysia Timur. Di Sarawak saja buat masa ini, Honda memiliki tujuh pusat jualan.

BACA >>> Honda Namakan Model Baharu dengan Huruf e Sahaja

Perkhidmatan  Honda Malaysia semakin meningkat seiring pertumbuhan jualan jenama berkenaan. Sepanjang tempoh lima bulan pertama 2019, sebanyak 567,200 unit kenderaan sudah diservis, meningkat 12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.  Pada masa sama, wilayah Malaysia timur merekodkan 33,800 unit kereta diservis.

GALERI
Pusat 3S Honda Bintulu_3
Photo 01
Pusat 3S Honda Bintulu_1
Pusat 3S Honda Bintulu_6
Pusat 3S Honda Bintulu_7
Pusat 3S Honda Bintulu_5
Pusat 3S Honda Bintulu_2
Pusat 3S Honda Bintulu_4

 

 

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 honda, Auto Terkini, Honda Malaysia, Kemena Auto, Kemena Auto Sdn Bhd, Pusat 3S, pusat 3S Honda, pusat servis, Pusat Servis Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev