• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki 250cc dengan 4-Silinder Mampu Ledak Kuasa 60hp, Rev Setinggi 19,000rpm?

Kawasaki 250cc dengan 4-Silinder Mampu Ledak Kuasa 60hp, Rev Setinggi 19,000rpm?

June 25, 2019 By Aryon Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA mengenai Kawasaki 250 dengan enjin 4-silinder sudah kami dedahkan seawal Mei lalu yang khabarnya prototaip model itu sedang diuji di Indonesia. Spekulasi kini semakin kuat apabila model suku liter 4 dapur itu dikatakan semakin hampir dilancarkan.

Majalah permotoran paling berpengaruh di Jepun, Young Machine dalam edisi Julai ini, menyiarkan isu khas tentang superbike kecil yang memberikan pengaruh besar sepanjang dekad 90-an seperti Kawasaki ZXR250, Honda CBR250 atau Yamaha FZR 250.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 dengan Enjin 4-Silinder Sedang Dibikin, Prototaip Kini di Indonesia

Menurut maklumat Young Machine, Kawasaki kini bersedia merintis teknologi baharu sportbike kecil dengan ZX-25R dengan enjin 4-silinder, dan bukan dwi silinder seperti mana dipasangkan pada jentera 300cc dan 400cc. Apatah lagi silinder tunggal yang menjadi nadi kuasa KTM RC390.

Menariknya, ZX-25R tidak berhasrat menggantikan Ninja 400 sebagai motosikal yang kurang radikal dan dibikin untuk tunggangan harian.

Sebaliknya, model 4-silinder ini akan menggunakan propeler yang dibangunkan sendiri dan mampu meligatkan rev hingga 20,000rpm! Menurut Young Machine lagi, model baharu itu nanti mampu meledakkan kuasa setinggi 60hp, jauh lebih tinggi berbanding motosikal sekelas dengan enjin dwi silinder dengan purata kuasa 47hp.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) - Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

Ada juga desas-desus mendakwa Kawasaki akan memperkenalkan sistem supercas untuk ZX-25R dengan enjin baharu dan ligatan normal daripada 14,000rpm, manakala garis merah melepasi takat 19,000rpm, sesuatu yang biasa dilakukan jentera 90-an bersesaran sama.

Jika berita ini benar, kita akan dapat menyaksikan persembahan rasmi, atau sekurang-kurangnya prototaip ZX-25R pada 24 Oktober ini di Tokyo.

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CBR250, Kawasaki, Kawasaki 250 4-silinder, Kawasaki 250cc, Kawasaki ZX-25R, Kawasaki ZXR250, KTM RC390, roda2, Yamaha FZR 250, young machine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my