• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota Lancar Kilang Kedua di Bukit Raja dengan Pengeluaran 50k Unit Setahun

UMW Toyota Lancar Kilang Kedua di Bukit Raja dengan Pengeluaran 50k Unit Setahun

June 25, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melebarkan sayap menerusi pembukaan kilang kedua di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, Selangor, serentak meraikan ulang tahun ke-50 kemudahan pengeluaran Toyota di Malaysia.

Model pertama dipasangkan di kilang kedua UMWT ialah Vios serba baharu sebelum disusuli model hatchback, Yaris.

Menurut UMWT, pembinaan kilang ini menelan kos pelaburan bernilai RM2 bilion atas tapak berkeluasan 670,000 meter persegi. Kilang itu, yang dibangunkan sejak 2016, memiliki jumlah kapasiti pengeluaran hingga 50,000 unit setahun dengan dua syif operasi. Sementara itu, kilang di Shah Alam memiliki jumlah kapasiti pengeluaran hingga 38,000 setahun dalam satu syif.

BACA >>> Toyota Bina Kilang Baharu di Klang

Kilang kedua di Bukit Raja, Klang itu akan memasang semua kenderaan penumpang, manakala kilang sedia ada di Shah Alam masih menerusikan operasi seperti biasa yang menumpukan kepada pemasangan produk kenderaan komersial seperti Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Pengerusi UMWT, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, kilang kedua Toyota ini memiliki teknologi terkini dan canggih selain berkonsepkan cekap tenaga. 

BACA >>> Toyota Buka Kilang di Myanmar Walaupun Pasaran Kecil, Signal untuk Pengeluar Lain?

"Kami mahu terus meluaskan pasaran dengan terus menghasilkan lebih banyak vendor dan mempromosikan pemasangan tempatan lebih baik.  

"UMWT akan terus menyokong polisi Kerajaan dan hala tuju industri. Bagi meraikan ulang tahun ke-50 pengeluaran Toyota di Malaysia, UMWT menyumbang Toyota Yaris kepada Komuniti Belia Selangor (SAY) untuk kegunaan program melibatkan belia," katanya. 

TRIVIA

Sejarah pengeluaran Toyota Malaysia:

  • 1968: Kilang Champion Motor di Shah Alam mula melakukan pemasangan tempatan, model pertama yang dipasang ialah Toyota Corolla KE10
  • 1975: Penjenamaan Champion Motor menjadi Assembely Service Sdn Bhd (ASSB)
  • 1982: Penubuhan Sejati Motor menerusi kerjasama antara Toyota Motor Corporation, Toyota Tsuho Corporation dan United Motor Works (UMW)
  • 1990: Pengeluaran Toyota ke 300,000 unit
  • 1996: Pemodenan kilang ASSB
  • 2000: Pengeluaran Toyota ke 500,000 unit
  • 2005: Pengenalan model generasi pertama Kenderaan Pelbagai Guna (IMV) antarabangsa
  • 2011: Pengeluaran 1,000, 000 unit & volum pengeluaran tertinggi Toyota Camry sebanyak 83, 000 unit
  • 2013: Pengeluaran Vios generasi ketiga
  • 2015:  Pengenalan Toyota Camry hibrid
  • 2016: Pengenalan model generasi kedua Kenderaan Pelbagai Guna (IMV) antarabangsa & memulakan pembinaan kemudahan kedua ASSB
  • 2019: Pengeluaran Vios serba baharu di kemudahan kedua dan pengenalan model Vios dan Yaris

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA), Assembely Service Sdn Bhd Bukit Raja, Auto Terkini, kilang toyota, kilang toyota bukit raja, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, UMW Toyota Motor Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my