• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Brio Lancar di Vietnam Sebagai Model Import, Mampukah Saingi Vinfast Fadil?

Honda Brio Lancar di Vietnam Sebagai Model Import, Mampukah Saingi Vinfast Fadil?

June 24, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI PASARAN tempatan, segmen kereta kompak mempunyai saiz jualan besar. Lihat saja jumlah Perodua Axia, Bezza dan Myvi atas jalan. Walaupun saiz pasaran besar, awas kerana belum tentu sesebuah pengeluar dapat bersaing dengan sukses kerana produk keluaran Perodua mempunyai pakej yang sukar ditandingi.

Sebenarnya, di kebanyakan negara, kereta segmen A dan B mempunyai jumlah pembeli yang signifikan dan menjadi produk wajib pengeluar massa.

BACA >>> #AutoExpo2018: Honda Brio Amaze - Sedan Kecil Gaya Civic+Accord

DIIMPORT DARI INDONESIA

Terbaharu Honda menawarkan Brio, hatchback segmen A di Vietnam. Negara ini menjadi perhatian hangat selepas melancarkan model jenama tempatan iaitu Vinfast Fadil, juga dalam segmen A.

Brio pasaran tempatan itu ialah model import sepenuhnya (CBU) dari Indonesia yang dipasarkan Honda Vietnam dalam tiga varian Brio: G, RS dan RS 2-tona. Model generasi kedua itu, yang dibangunkan Honda R&D Asia Pacific (HRAP), dilancarkan pada 2018 dan disasarkan kepada pembeli kereta pertama.

BACA >>> VinFast - Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Spesifikasi Honda Brio Spesifikasi Vietnam

  • Menggunakan enjin 1.2L i-VTEC.
  • Berkuasa 89hp @ 6,000rpm tork maksimum 110Nm @ 4,800 rpm.
  • Enjin dipadankan dengan transmisi CVT.
  • Ada dua saiz rim: 14 inci (Brio G) dan 15 inci (RS dan RS 2-tona).
  • Saiz ruang but 258 liter.
  • Ada 2 beg udara dan ABS.
  • Ada 6 pilihan warna: Taffeta White, Lunar Silver, Carnival Yellow, Phoenix Orange, Rallye Red (Brio G) dan Coffee Cherry Red (Brio RS dan RS 2-tona).

Brio sudah boleh dipesan di bilik pameran Honda Vietnam bermula 18 Jun lalu dengan harga bermula 418 juta dong (RM74,800) hingga 454 juta dong (RM81,300).

Vinfast Fadil, yang diasaskan daripada Opel Karl Rocks, ditawarkan dengan harga pengenalan 395 juta dong (RM70,700) sebelum meningkat kepada 465 juta (RM83,300). Dari segi spesifikasi, Fadil dibekalkan enjin 1.4L dengan opsyen pilihan keselamatan seperti 6 beg udara, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti dan Traksi (TSC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan mitigasi oleng (roll-over mitigation).

Menariknya, harga kereta tempatan Vietnam berada dalam lingkungan harga kereta asing yang diimport dari luar. Harga kereta segmen A juga lebih tinggi jika dibandingkan negara kita.

BACA >>> Brabus Perkenal Smart ForTwo EQ Cabrio Ultimate E Shadow Edition yang Serba Mewah

GALERI

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, hatchback segmen-A, Honda, Honda Brio, Honda Vietnam, Honda Vietnam Co., Ltd., Roda4, segmen A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev