• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Seltos - SUV Segmen-B Baharu dengan Enjin 1.6 T-GDI Turbo Akan ke Malaysia?

Kia Seltos - SUV Segmen-B Baharu dengan Enjin 1.6 T-GDI Turbo Akan ke Malaysia?

June 24, 2019 By Abang Hirata 3 Comments

868
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARISAN kenderaan utiliti sukan (SUV) global dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kia Seltos yang melakukan debut pelancaran di India. Menarik tentang Kia, pengeluar automotif dari Korea itu sebelum ini sudah pun memasarkan SUV kompak, dipanggil Stonic, untuk pasaran Eropah.

Seltos pula ialah model global yang disasarkan kepada pembeli muda atau berjiwa muda, dan dihasilkan di dua kilang Kia bertempat di Andhra Pradesh, India, dan Gwangju, Korea. Berbanding model terdahulu, Seltos tampil dengan rekabentuk lebih kompleks pada bahagian depan, sisi dan belakang.

BACA >>> Kia Umum Varian, Harga Stonic di Pasaran UK (Boleh Tahan!)

Bahagian depan Seltos nampak sofistikated dengan konsep bertingkat, daripada bampar hingga lampu utama, manakala gril 'hidung harimau' yang menjadi signatur Kia, kini lebih lebar dan menonjol.

Bahagian sisi tampak beralun, manakala belakang tampil dengan permukaan berlekuk sebagai kesinambungan gaya bahagian depan. Padanan rim dan tayar terdiri daripada tiga jenis: 16,17 atau 18 inci dengan tayar 205/60 R16, 215/55 R17 atau 235/45 R18.

Berdasarkan ciri luaran, Seltos bukanlah kenderaan bajet yang sering membanjiri negara membangun. Bahagian dalaman dilengkapi skrin sentuh 10.25 inci dan fungsi Sound Mood Lighting. Lagi ciri menarik ialah paparan dongak (HUD) 8 inci dan 8 pembesar suara Bose.

Spesifikasi enjin Seltos juga menggagumkan. Ada tiga jenis enjin: 1.6L T-GDI turbo (175hp), 2.0L (147hp) dan 1.6L diesel (134hp). Bergantung kepada pasaran, enjin tersebut dipadankan tiga pilihan transmisi: transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, automatik 6-kelajuan dan CVT.

BACA >>> Iron Man Muncul Pandu Hyundai Kona Edisi Khas di Ibu Kota London

Lebih canggih, Seltos didatangkan dengan tiga mod pemanduan: Normal, Eco dan Sport, manakala ciri keselamatan dilengkapkan 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Daya-Brek (BFA) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Seltos bakal ditawarkan di pasaran global bermula penggal kedua 2019 dan mungkin turut dijual di pasaran tempatan. Berbeza Hyundai yang pernah mempamerkan SUV kompak, Kona di negara kita, Kia pula masih belum mempertontonkan Stonic untuk pengguna tempatan.

Jika benar dibawa masuk, saingan nampaknya sengit kerana perlu bertentang dengan Honda HR-V dalam segmen sama dan Proton X50 dari segi harga.

BACA >>> Sportage Jadi Model Kia Paling Digemari Pembeli UK Sepanjang Mei

GALERI

Related

868
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: India, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Seltos, Roda4, SUV, SUV segmen-B

Comments

  1. Nasir says

    July 29, 2019 at 3:19 PM

    Bilakah kia seltos skan berada dipasarsn malaysia

    Reply
  2. Khalil says

    August 26, 2020 at 9:42 PM

    The dsign is good

    Reply
  3. Khalil says

    August 26, 2020 at 9:48 PM

    Bila kia seltos berada dipasaran

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev