BOLEH dikatakan hampir semua kereta masa kini menggunakan stereng kuasa (power steering) sama ada hidraulik atau elektrik (EPS). Walaupun, secara fungsi tidak banyak perbezaan ketara berbanding sistem bendalir, tetapi fungsi stereng kuasa jenis ESP adalah lebih ringkas dan mudah.
Namun, itu bukan bermakna stereng kuasa elektrik tidak akan rosak kerana jika tidak diselenggara, komponen tersebut sangat mudah mengalami kerosakan.
Seperti disebut, ciri stereng kuasa elektrik asasnya sama seperti stereng kuasa konvensional, masih menggunakan sistem bendalir. Ia berfungsi meringankan belokan stereng yang tidak memerlukan banyak tenaga seperti memulas stereng kereta tanpa stereng kuasa seperti Perodua Kancil atau Protoan Saga kotak.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Setiap Punat Pada Stereng F1?
Stereng kuasa elektrik menggunakan kuasa motor untuk menggerakkan syaf stereng yang dikawal sensor. Sensor ini pula akan membaca seberapa banyak pusingan dilakukan. Dalam kes tertentu walaupun jarang berlaku, penghidup motor yang berfungsi sebagai penggerak kadangkala masalah.
PUNCA KEROSAKAN
Ada banyak punca, salah satu ialah bateri mula lemah. Ini kerana sistem ini menggunakan aliran kuasa elektrik daripada bateri. Malah stereng kuasa elektrik juga boleh meragam apabila komponen dalaman bermasalah. Jika berlaku, anda perlu menukar komponen itu.
Apakah tanda-tanda yang boleh dikesan? Mudah, anda akan rasa stereng seperti payah atau berat ketika memandu, terutama apabila mahu membelok selekoh sama ada pegun atau bergerak dalam halaju rendah. Selain itu, kereta juga jadi tidak stabil apabila dipandu dalam halaju tinggi.
BACA >>> Dakwaan Insiden Stereng Perodua Axia Terkunci Tidak Benar, Tindakan Akan Diambil - Perodua
Paling mudah, indikator EPS (Stereng Kuasa Elektrik) akan berkedip atau menyala pada panel meter. Bagi mencegah situasi ini berlaku, sebaiknya buat servis dan pemeriksaan berkala. Tip lain, kalau boleh, elakkan meredah air bertakung atau banjir kerana boleh merosakkan dinamo stereng kuasa elektrik.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Setiap Punat Pada Stereng F1?
SUMBER: Suzuki.co.id
Edwin atai says
Bos stering kereta vios 2014 kalau kita memandu jalan selekoh kanan rasa berat apa masalah tu bos boleh bagi info?
Hariz says
Dah setel ke problem ni bos? Sy alami masalah sama
Rathis says
Honda City 2014 kereta tidak stabil masa bawa laju..Absorber mounting dah tukar dan on wheel balancing dah buat tapi masalah sama jugak dan ada gegar sikit masa bawa laju..
Alip says
Hai, saya nak Tanya, saya baru tukar stearing rack 1set include tie rod en and rack en. Tapi bila bawak stearing berat belah kiri, belah kanan belok ringan. Kenapa ye
Abd Ghani says
Soalan saya , Viva manual Cc 1.0 2007 saya ada tiada menghadapi masalah kerosakan pd lower arm sejak 2007 . Semasa kelajuan gear rendah terutama atas jalan tidak rata keluar bunyi ' ktak,.. ktak..ktak.. ' lalu saya ke workshop biasa minta pasangkan lower yang baru . Setelah mekanik hantarkan kereta saya ke rumah setelah pemasangan lower arm yg baru pagi² ketika bertolak memandu kereta ke tempat kerja saya dapati steering kereta Viva saya tidak smooth seperti sebelum lower arm yg rosak diganti...alasan mekanik yg saya bayar upah mengatakan lower arm yg dipasang baru akan mengambil masa
utk steering kembali menjadi pulih sedia kala. Pencerahan dari tuan dialu2kan
hidayah says
saya pun ada masalah yang sama. power steering berat after baiki arm. kenapa ye?
Nurul nasuha binti baharun says
Saya pon sama. Mana nak cari motor power stereng grandlivina ye..
Ario moch nizam says
Power stering stir di belokkan gak ma balik lagi apa puca kerusakan .masahnya baru kena banjir
AO says
Minyak power steering mungkin bocor, atau bercampur banjir. Pergi servis!
Alza says
info yg sangat berguna dan bermanfaat
Andy nilson says
Kenapa warning steering kereta saya keluar kereta spresso
Lyana says
Sya bwa honda civic fb. Kdg2 tp x kerap dalam setahun ni mgkin dalam sebulan sekali 2, amaran power steering akan keluar di panel meter. Bila steering digerakkan sedikit amaran akan hilang. Steering keras pernah terjadi sekali dalam bln lepas bila saya dlm perjalanan pergi ke teh valley sg palas CH. Stlh 3 jam di sana steering ok dan berjaya pulang mcm biasa. Htr ke kedai tukar bateri kereta dan servis tp amaran power steering masih keluar sekali sekala dalam sebulan ni. Kenapa ya?
Azhan O says
Mungkin minyak power steering tak tukar atau ada leaking
Mohd Shah says
Saya ada vios 2017..engine nsp151
.kenapa semasa memandu stering x brapa sedap..seolah2...stering mati ..terasa berat Dan bila pulas Kiri kanan..stering tidal kembali ke posisi tengah
Hanif says
Kerata bezza tahun 2021..keluar lambang EPS bila mau start..tp stereng ringan mcm biasa...apa mslh sbnrnya tu?
Azhan O says
Sensor prob
iskandar says
saya guna myvi ez1 2008....steering berat sangat....lepas tu simbol bateri keluar kat board meter....apa perl;u saya lakukan...
Sma says
Axia 2019 power stereng berat kenapa ya
Mirul says
Kerata serena tahun 2017..keluar lambang bila mau start.. ape masalah eh?