• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F dan CB500X, Harga Bermula RM34k

Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F dan CB500X, Harga Bermula RM34k

June 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK debut global pada 2013, trio model lightweight Honda pantas mendapat tempat dalam hati peminat dua roda, terutama kalangan penunggang yang mahu menaik taraf motosikal masing-masing.

Berita baik buat penunggang semalaysia, Boon Siew Honda (BSH) baru saja memperkenalkan  CBR500R, CB500F dan CB500X untuk pasaran tempatan yang didatangkan dengan ciri mekanikal sama, cuma berbeza penampilan dan segmen.

BACA >>> 11 Fakta Pantas - Honda CBR500R (2019) dengan Gaya Tunggangan Lebih Sporty

ENJIN 471cc DOHC JADI TARUHAN

Kesemua model didatangkan dengan enjin bersesaran 471cc penyejukan cecair DOHC 4-lejang yang mampu menghasilkan kuasa 37kW @ 8,500rpm dan tork maksimum 45Nm @ 6,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan dan klac jenis basah multiplat.

Untuk model 2019 yang dikemas kini, trio tersebut didatangkan dengan peralatan baharu iaitu Sistem Brek Anti Kunci (ABS), suspensi belakang baharu, klac assist/slipper, pencahayaan LED penuh dan instrumen LCD lebih moden bersama indikator gear dan menganjak naik (upshift) gear .

BACA>>>#EICMA2018: Enjin Honda CB500F (2019) Dikemas Kini Lebih Umphh!

1. HONDA CBR500R - RM34,499

Sportbike fairing penuh ini dikemas kini posisi tunggangan sporty dan lebih kuasa. Antara kemas kini dilakukan ialah:

  • Garis agresif baharu dengan teknologi LED pada lampu depan dan signal.
  • Hendal clip-on CBR500R (2019) dipasang rendah pada kaki fork berbanding sebelum ini. Bukan dipasangkan atas klamp tripel, tetapi di bawah tripel atas baharu. Ini memberikan ergonomik tunggangan lebih ke depan seperti gaya sportbike prestasi tinggi.
  • Paparan instrumen LCD baharu dengan paparan posisi gear dan anjakan naik (upshift).
  • Indikator LED.
  • Dual mufler baharu untuk bunyi lebih garang.
  • Kemas kini inlet, ekzos dan pemasaan injap menyumbang kepada peningkatan julat pertengahan kuasa dan tork 4 peratus
  • Klac gelincir Assist & Slipper (A&S) untuk tukaran gear lancar.
  • Ada tiga pilihan warna: merah, kelabu metalik dan putih mutiara.

BACA>>>Honda CBR500R, CB500F dan CB500X Sambut 2018 dengan Wajah Serba Baharu


2. HONDA CB500F - RM33,999

Naked bike ini tampil ringkas dengan casis sporty untuk keselesaan tunggangan maksimum di jalan raya. Berikut kemas kini dilakukan:

  • Rekabentuk badan serba baharu dengan gaya lebih agresif.
  • Paparan instrumen LCD baharu dengan paparan posisi gear dan anjakan naik (upshift).
  • Indikator LED.
  • Kemas kini bahagian dalaman enjin dengan peningkatan kuasa dan tork 4 peratus, antara 3,000-7,000rpm untuk prestasi lebih umphh.
  • Kuasa baharu ini dicapai menerusi rombakan salur masuk pemasaan injap dan ekzos yang kini lebih tegak, manakala ekzos dikonfigurasi semula untuk meningkatkan aliran gas.
  • Tambahan klac anti gelincir Assist & Slipper (A&S)  memberikan kurang tekanan pada tuil gear.  Proses menurunkan gear kini dapat dibuat lebih agresif tanpa perlu risau bahagian belakang terkunci.
  • Bar hendal tirus premium bersama absorber tiub tunggal menawarkan redaman dan kawalan lebih baik.
  • Ditawarkan dalam 3 warna: merah, hitam metalik dan putih mutiara.

BACA>>>Honda CB500X 2017 Kini Hadir dengan Penutup Mufler Warna Baharu


3. HONDA CB500X - RM36,099

Model touring ini dikemas kini lebih sofistikated menerusi gaya lebih tajam, dengan prestasi enjin dinaik taraf dan beberapa kemas kini teknikal.

  • Bar hendal tirus baharu bersama gaya advencer lebih kukuh.
  • Sudut stereng ditingkatkan 3º menjadi 38º dari tengah ke kunci penuh.
  • Suspensi travel panjang dan rim rekaan baharu.
  • Rim depan 19 inci menggantikan rim 17-inci sebelumnya.
  • Visor angin lebih tinggi dan posisi tunggangan ergonomik.
  • Paparan instrumen LCD baharu dengan paparan posisi gear dan anjakan naik (upshift).
  • Indikator LED.
  • Kemas kini inlet, ekzos dan pemasaan injap menyumbang kepada peningkatan julat pertengahan kuasa dan tork 4 peratus
  • Klac anti gelincir Assist & Slipper (A&S) untuk tukaran gear lancar.
  • Dual mufler untuk bunyi lebih sporty.
  • Didatangkan dengan saiz tayar berbeza, versi F dan R, iaitu 110/80R19 (depan) dan 160/60R17 (belakang)
  • Ketinggian pelana ditingkatkan 830mm berbanding F dan R (785mm)
  • Ditawarkan dalam 3 warna: merah, hitam metalik dan putih mutiara.

Related

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Advencer, Boon Siew Honda, Honda, Honda 500X, Honda CB500F, Honda CB500F (2019), Honda CB500X (2019), Honda CBR500R (2019), naked bike, roda2, sportbike, touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my