• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota, Subaru Jalin Kerjasama Hasilkan Platform EV, Crossover Akan Jadi Model Pertama

Toyota, Subaru Jalin Kerjasama Hasilkan Platform EV, Crossover Akan Jadi Model Pertama

June 18, 2019 By Han Othman Leave a Comment

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA dan Subaru mengumumkan pelan kerjasama untuk membangunkan platform kenderaan elektrik bateri (BEV) saiz pertengahan dan besar baharu.

Kerjasama dua pengeluar automotif Jepun itu akan membawa kepada pengenalan model crossover elektrik baharu yang akan dijual di bawah jenama masing-masing. Sebenarnya ini bukan kali pertama Toyota dan Subaru bekerjasama kerana sebelum ini pernah terbabit dalam projek kereta sport Toyota 86/Subaru BRZ.

BACA >>> Toyota 86 dan Subaru BRZ Serba Baharu dalam Pembikinan?

Menurut kenyataan bersama syarikat;

"Dengan menggabungkan kekuatan masing-masing, seperti teknologi pacuan semua roda (AWD) yang dihasilkan Subaru sejak bertahun-tahun lama, dan teknologi kenderaan elektrik yang digunakan Toyota untuk menggabungkan syarikat lain yang berkongsi aspirasi sama, dua syarikat ini berhasrat menggalas cabaran dalam menghasilkan produk menarik yang hanya boleh ditawarkan BEV."

KOS PEMBANGUNAN FAKTOR PENGELUAR BEKERJASAMA

subaru-logo
toyota-logo

Kerjasama Toyota-Subaru ialah bukti perubahan lanskap automotif masa kini. Penambahan kos pembangunan dengan teknologi termaju seperti BEV dan teknologi semi-autonomi memaksa pengeluar saling bekerjasama dalam projek pembangunan tertentu. Sebelum ini, Jaguar dan BMW mengumumkan kerjasama dalam pembangunan platfom kenderaan elektrik (EV) premium baharu untuk menjimatkan kos.

Ada banyak alasan kenapa pengeluar automotif hari ini cenderung menjalinkan kerjasama membangunkan EV. Antaranya, bateri EV memerlukan sejumlah besar litium mentah dan bahan nadir bumi lain.Permintaan perlu tinggi supaya bekalan dapat diperoleh.

Jadi, hanya dengan berkerjasama sahaja bekalan dapat diperoleh memandangkan permintaan pembeli terhadap EV masih belum mencukupi.

"Pengkomersialan BEV memerlukan penggunaan bateri berkapasiti besar, dan bersama popularisasi BEV, permintaan dimensi baharu akan bergantung kepada bekalan bateri.  Toyota dan Subaru yakin ia kini jadi keperluan untuk mengejar model perniagaan yang menjangkaui konvensyen, dan merentasi sempadan industri bersama entiti lain yang berkongsi aspirasi sama."

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

Perkongsian Toyota-Subaru sudah bermula sejak 2005. Hari ini, Toyota memegang jumlah saham terbesar dalam Subaru, iaitu 16.77 peratus.

SUMBER: AutoGuide

Related

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), kerjasama, Subaru, Toyota, Toyota-Subaru, Usahasama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev